Skip to main content
HomeViral

Jurukamera RTM Terkena Peluru Dalam Kejadian Menembak

By 1 Disember 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

GEORGE TOWN, 1 Dis (Malaysiaaktif) —  Seorang jurukamera Radio Televisyen Malaysia (RTM) Muhamad Amirul Amin Amir terkena sebutir peluru sesat  dalam kejadian di mana  tiga orang, termasuk seorang bergelar Datuk ditembak mati di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu di sini pada kira-kira pukul 7.30 malam tadi.

Muhamad Amirul Amin Amir dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang sejurus selepas kejadian.

6467d9fa-079b-4992-9e40-b6afc205d6e9

Muhamad Amirul Amin Amir.

 

Menurut laporan awal daripada versi dalam talian akhbar The Star, mereka difahamkan ditembak ketika berada di dalam kereta.

Dua orang yang lain mengalami kecederaan.

823cabdb-292d-48d8-9911-3d31007b7222

 

Menurut OCPD George Town, Asst Comm Mior Faridalathrash Wahid yang mengesahkan perkara itu berkata kejadian sedang disiasat.

The Star difahamkan bahawa mangsa keempat, seorang wanita mengalami kecederaan serius selepas ditembak. Mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan.

Muhamad Amirul Amin dikatakan sedang menaiki motosikal bersama kawannya Mohamad Iskandar Osman menuju Jambatan Pulau Pinang ketika kejadian.

d6684b21-6cbb-4b5b-80ff-6fae6328f5cb

Muhamad Amirul Amin Amir dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang sejurus selepas kejadian.

 

MENYUSUL

 

-AAS

Tinggalkan komen anda