Skip to main content
Home

Nahas Beechcraft: Keluarga Syukur Mohd Sofi Selamat

By 22 Disember 2016Tiada komen1 minit bacaan
Foto: Bernama

 

KUALA LUMPUR, 22 Dis — Keluarga seorang daripada kru pesawat jenis Beechcraft B200T yang terhempas berhampiran Terminal Peluru, Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang, petang Rabu, Sarjan Mohd Sofi Azizan, bersyukur beliau terselamat dalam nahas itu.

Abang ipar Mohd Sofi, Kamal Ariffin Mohd Hassan, 44, berkata beliau mendapat maklumat yang adik iparnya terlibat dalam nahas itu melalui laman sosial dan laporan berita.

“Saya tidak sangka dia (Mohd Sofi) salah seorang kru yang berada dalam pesawat itu, kami sekeluarga terkejut, namun, kami bersyukur apabila dimaklumkan dia hanya cedera dan keadaannya stabil,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata isteri Mohd Sofi, Ainul Maziayana Mohd Hassan, 27, kini dalam perjalanan menuju ke Pulau Pinang, lokasi suaminya itu dirawat.

“Adik saya masih dalam pantang selepas melahirkan anak ketiga mereka beberapa hari lalu, harapnya segala urusan dipermudahkan,” katanya.

Insiden 5.18 petang itu menyebabkan juruterbangnya maut, manakala tiga lagi termasuk Mohd Sofi, cedera.

Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor memberitahu Bernama, siasatan menyeluruh akan dilakukan untuk menyiasat punca nahas terbabit.

Beliau berkata TUDM telah menubuhkan pasukan siasatan khas bagi menyiasat punca sebenar kejadian itu.

 

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/12/22/keluarga-syukur-sofi-selamat/

Tinggalkan komen anda