Skip to main content
Home

Banjir: 7,011 Pelajar 25 Sekolah Kelantan Tidak Dapat Ke Kelas

By 2 Januari 2017Tiada komen2 minit bacaan
Foto: twitter @noraiinyasin

 

KOTA BHARU, 2 Jan — Sebanyak 7,011 pelajar daripada 25 sekolah rendah dan menengah di negeri ini tidak dapat menghadiri hari kedua sesi persekolahan 2017 hari ini berikutan banjir.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan dalam kenyataan hari ini, melaporkan jumlah itu membabitkan lima sekolah menengah dan 20 sekolah rendah di empat jajahan iaitu Pasir Mas, Kuala Krai, Tanah Merah dan Tumpat.

“Penutupan sekolah itu membabitkan 5,256 pelajar daripada 13 buah sekolah di Pasir Mas, 588 pelajar di enam sekolah di Kuala Krai, 953 pelajar di lima sekolah di Tanah Merah dan 214 pelajar di sebuah sekolah di Tumpat,” katanya.

Menurut JPN, sekolah yang ditutup di Pasir Mas ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru, SK Rahmat, SK Gual Tokdeh, SK Rantau Panjang, SK Lubok Stol, SK Sri Rantau Panjang 2, SK Kok Pauh, SK Sri Rantau Panjang 1, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Al Falah Siram, SABK Diniah Bongor, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khay Boon, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang dan SMK Tiang Chandi.

Di Kuala Krai pula melibatkan SK Pemberian, SK Bahagia, SK Ladang Taku, SK Pasir Kelang, SK Kuala Nal dan SABK Saadatul Qura.

Bagi daerah Tanah Merah pula lima sekolah yang ditutup ialah SMK Ladang Kerilla, SK Ladang Kerilla, SK Sokor, SK Kampung Panjang dan SK Tebing Tinggi manakala di Tumpat ialah SK Pulau Beluru.

Sebanyak 788 guru dan kakitangan sekolah terlibat dengan penutupan 25 sekolah itu berikutan laluan ke sekolah ditenggelami banjir dan berbahaya, menurutnya.

Pihak JPN terus memantau perkembangan banjir dan akan memaklumkan kepada pelajar dan ibu bapa sekiranya sekolah terbabit sudah boleh beroperasi.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda