Skip to main content
Home

Banjir: Cuti 5,000 anggota polis Kelantan dibekukan

By 2 Januari 2017Tiada komen1 minit bacaan
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri Mustapa Mohamed meninjau keadaan banjir dan menyertai operasi menyelamat di Rantau Panjang sebentar tadi.

 

RANTAU PANJANG 2 Jan — Polis Kelantan membekukan cuti kira-kira 5,000 pegawai dan anggotanya supaya dapat dikerahkan menghadapi bencana banjir di negeri ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Dr. Ab. Rahman Ismail berkata, hanya pegawai dan anggota yang berkursus atau cuti kecemasan sahaja dikecualikan daripada operasi banjir.

2c2bbfd5-c4fd-4da0-ad78-13f1583feab0

Pintu 2, 2B & 3 akses ke Zon Bebas Cukai Rantau Panjang yang dinaiki air.

 

“Kita akan menggerakkan pegawai dan anggota bersama aset sedia ada untuk membantu mangsa banjir di negeri ini dengan kerjasama agensi lain.

“Mana-mana pegawai dan anggota bercuti kita sudah panggil mereka pulang serta merta kecuali yang berkursus dan cuti kecemasan

“Setakat ini jumlah pegawai dan anggota sedia ada masih mencukupi,” katanya ketika melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Rantau Panjang 2, di sini hari ini.

Beliau turut melawat Balai Polis Rantau Panjang yang ditenggelami banjir sehingga 0.5 meter.

 

http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/cuti-5-000-anggota-polis-kelantan-dibekukan-1.427087

Tinggalkan komen anda