Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeTerengganu

30 Rumah Terjejas Akibat Ribut

By 6 Jun 2017Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto oleh : Abidin A. Ghani / Mohd Afnan Hakimi Abd Aziz (Hulu Terengganu)

HULU TERENGGANU, 6 Jun (MalaysiaAktif) – Sebanyak 30 buah rumah mengalami kerosakan dalam satu kejadian ribut yang melanda kawasan Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Tok Randok, Ajil petang semalam.

Sebahagian daripada rumah yang rosak dilanda ribut di PAKR Tok Randok, Ajil petang semalam.

Sebahagian daripada rumah yang rosak dilanda ribut di PAKR Tok Randok, Ajil, petang semalam.

Menurut mangsa Mohamad Shafie Mohd Amin, rumah beliau adalah antara rumah yang paling teruk terjejas yang mengakibatkan separuh atap rumah rosak diterbangkan angin kencang.

“Ribut yang melanda selama lebih kurang 20 minit membuatkan saya sekeluarga tidak sempat menyelamatkan barang-barang didalam rumah terutamanya buku-buku sekolah dan peralatan elektrik,” katanya.

Seorang lagi mangsa, Awang Fadillah yang merupakan bekas anggota tentera, menjelaskan kejadian berlaku terlalu pantas.

“Kejadian yang berlaku terlalu cepat, angin kencang yang datang secara tiba-tiba menerbangkan atap rumah, membuatkan saya dan keluarga tidak mampu berbuat apa-apa,” jelasnya ketika ditemui Malaysiaaktif.

Kejadian tersebut mengakibatkan kemusnahan melibatkan atap serta peralatan di dalam rumah. Bencana kali ini merupakan yang paling teruk pernah dialami oleh penduduk disini sejak penempatan ini mula dibuka 33 tahun dahulu.

 

-SH

Tinggalkan komen anda