Skip to main content
Berita TempatanSabah

Lukisan Si Puntung Pikat Hati Juri

By 26 Oktober 2017Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan: Asmidar Zainol / Foto: Mastim Kiriman (Sabah)

KOTA KINABALU, 26 Okt (Malaysiaaktif) – Lukisan ‘Kenangan Si Puntung Bersama Alam’ berjaya mengikat hati juri apabila dipilih sebagai salah satu daripada empat Karya Pilihan Utama, Karya Pilihan Tahunan Negeri Sabah (KPTNS) Ke-32 Tahun 2017.

Karya seekor daripada tiga badak sumbu Sumatera, Si Puntung yang mati pada Jun lalu akibat kanser kulit. pelajar Sekolah Menengah All Saints, Monica Vun Yi Jing, 16, itu juga merupakan salah satu daripada karya pilihan utama bagi kategori Sekolah Menengah Tinggi.

Monica bersama lukisannya.

Monica bersama lukisannya.

Walaupun tidak pernah melihat atau bertemu dengan Si Putung, anak bongsu daripada tiga beradik itu amat sedih dan rasa kasihan dengan nasib badak itu membuatkan dia sanggup membelanjakan RM135 untuk lukisan bersaiz 80cm x 120cm.

“Corak-corak ini melambangkan motif-motif lukisan daripada pelbagai etnik di Sabah antaranya Kadazan, Bajau dan Cina.

“Saya melukis motif-motif ini di badan putung kerana dia mengalami barah kulit dan saya mahu jadikan motif ini sebagai tatu di badannya untuk jadi dia nampak lebih cantik dan secara tidak langsung mewakili kepelbagaian budaya di Sabah.

“Bunga-bunga dan daun-daun dalam lukisan ini menjadi kenangan kepada Si Puntung bersama alam semula jadi semasa dia tinggal di hutan,” jelas anak bongsu daripada tiga beradik tersebut.

Sementara itu, karya Suzi Layong, 16, dari Vision Secondary School yang menggunakan seni lipatan kertas atau quiling turut dipilih sebagai Karya Pilihan Utama bagi kategori yang sama.

“Saya agak terlewat mengetahui tentang pertandingan ini, jadi saya hanya mempunyai masa selama tujuh hari untuk memikirkan konsep dan menghasilkan karya ini.

“Setelah berbincang, saya mengambil keputusan untuk menghasilkan karya Bobohizan atau bomoh wanita utama dalam tradisi kebudayaan Kadazan-Dusun sebagai subjek karya saya,” ujarnya.

Karya ‘Suasana Dalam Kereta Api’ oleh Moris Dezter Mitanis, 13 pelajar sekolah St John Beaufort turut dinobatkan sebagai Karya Pilihan Utama bagi kateori Sekolah Menengah Rendah.

“Lukisan saya menggambarkan suasana di dalam kereta api lama yang saya naiki setiap hari untuk pergi dan balik dari sekolah.

“Saya mahu berkongsi pengalaman dengan orang ramai yang melihatnya dan secara tidak langsung dapat mempromosikan keunikan gaya hidup kami yang mungkin tiada di tempat lain,” katanya.

Canie dan lukisannya.

Canie dan lukisannya.

Selain itu, karya Pekerja Bank, Canie Peter Tan, 30, yang mengambil masa hampir sebulan untuk menyiapkan lukisan Butod atau Ulat Sagu juga dipilih sebagai Karya Pilihan Utama bagi Kategori Terbuka.

“Untuk lukisan ini, saya menggunakan teknik scribble menggunakan ball pen dengan enam warna berlainan dan saya menggunakan dua set warna untuk menyiapkan lukisan ini mewakili kepelbagaian bangsa dan agama di Sabah,” kongsinya.

Mereka menerima hadiah yang disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Datuk Mahiruddin dan Toh Puan Dr Hajah Norlidah Tan Sri R.M Jasni di salah sebuah hotel di sini, pada Ahad.

-SF

Tinggalkan komen anda