Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

Kosmetik Tiruan Agen Pembunuh Senyap

By 17 November 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Wee Kim Been / Robani Nabi Ahmad (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 17 Nov (Malaysiaaktif) – “Mutakhir ini,terdapat segelintir masyarakat yang mengejar kecantikan dan keanggunan sehingga tergamak menggunakan jalan singkat yang memberi kesan negatif terhadap kesihatan mereka melalui penggunaan produk kosmetik tiruan.

“Penggunaan barangan kosmetik tiruan mampu menjadi pembunuh senyap jika digunakan secara berterusan,” ulas Dr. Nurul Ain Razali, 31, Pengasas Jasmine Paradise Beauty Spa.

Dr. Nurul Ain yang ditemui di premis perniagaannya.

Dr. Nurul Ain yang ditemui di premis perniagaannya.

“Dalam perspektif lain, penggunaan kosmetik tiruan ini bukan sahaja membahayakan kesihatan tetapi turut mengakibatkan kerugian wang yang besar, walaupun pengguna beranggapan barangan ini boleh dibeli dengan harga yang murah,” ujarnya lagi.

Menurut pembantu farmasi Pekan Melor, Ang Hangie, 30, berkata permintaan terhadap produk kecantikan sangat tinggi di negara ini terutamanya di negeri tersebut yang jelas menjadi kegilaan orang ramai. Hal ini membuka peluang kepada para peniaga untuk mengambil kesempatan.

“Lebih menggusarkan, produk tiruan ini bukan sahaja tidak berkualiti malah berkemungkinan besar memberi kesan sampingan yang buruk kepada penggunanya disebabkan tiada kawalan terhadap ramuan yang digunakan dalam menghasilkan produk tiruan ini,” katanya.

Sementara itu, seorang pengguna, Zubaidah Ali, 33, menyatakan ramai penggemar produk kosmetik termasuk minyak wangi jenama terkemuka menjadi mangsa penipuan produk tiruan.

“Produk kosmetik dan minyak wangi tiruan yang dirampas sebelum ini dikesan menggunakan jenama terkenal untuk mengaburi mata pembeli. Saya amat berharap kes-kes seumpama ini dapat membuka mata pengguna untuk menyedari kesan menggunakan produk kosmetik tiruan,” jelasnya.

– SH

Tinggalkan komen anda