Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Karnival AMS Cungkil Bakat Muda Nyanyian

By 17 November 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Mohd Baharruddin Mohamad (Sarawak)

MUKAH, 15 Nov (Malaysiaaktif) – Karnival Anugerah Muzik Sarawak (AMS) Bahagian Mukah berjaya mencungkil bakat muda dalam bidang nyanyian.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengelola, Zaidel Zaini, program ini dilaksanakan untuk  memartabatkan industri muzik dan menggilap bakat artis tempatan.

Program ini menjadi platform untuk menghargai karya seni anak tempatan - Zaidel

“Program ini menjadi platform untuk menghargai karya seni anak tempatan” – Zaidel

“Program ini dapat menjadi platform kepada orang ramai untuk menghargai karya seni selain menghayati muzik hasil kreativiti anak tempatan.

“Apa yang paling penting kita mahu melalui program seperti ini, industri muzik tempatan semakin berkembang dan maju pada masa akan datang,” jelasnya.

Zaidel turut berbangga dan terharu  kerana Mukah dipilih menjadi tuan rumah sempena program tersebut dan sokongan padu peminat seni muzik khususnya di kawasan tengah Sarawak.

Dalam acara tersebut, Ratna Amira Mohamad, 24, yang mewakili Bahagian Kuching diumumkan sebagai  juara pertandingan lagu Karaoke Super Singer, bersempena dengan karnival tersebut di sini, semalam.

Tempat kedua pula dimenangi peserta dari Sabah, Aman Sah Lokman, manakala Nizam Putit dari Bahagian Mukah menduduki  tempat ketiga.

Acara yang turut dimeriahkan dengan persembahan beberapa orang artis terkemuka tempatan antaranya ialah  Robert Achu, The Ambushed Band, The FamilyMan, Joseph Sakai, dan Raymond Enyo ini dianjurkan Staven Event Management (SEMS) dengan kerjasama Mukah Youth Music Club, 7 Sense Auto Event dan Pertubuhan Belia Parlimen Mukah.

Program itu juga turut diserikan dengan pelbagai acara menarik seperti persembahan calon Anugerah Muzik Sarawak (AMS), tarian Zumba,  pameran kereta dan pelbagai lagi.

– SH

Tinggalkan komen anda