Skip to main content
HomePutrajayaWilayah Persekutuan

Moderator Forum Perdana Ehwal Islam Juarai Gegar Pidato

By 17 November 2017November 20th, 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Syed Hisham Shah (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 17 Nov (Malaysiaaktif) – Pegawai daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Mohd Hariri Mohamad Daud, dinobatkan juara Pertandingan Akhir Gegar Pidato Piala Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) 2017.

Ustaz Hariri berjaya menumpaskan empat peserta lain dalam Pertandingan Gegar Pidato Piala KPPA 2017.

Ustaz Hariri berjaya menumpaskan empat peserta lain dalam Pertandingan Gegar Pidato Piala KPPA 2017.

Hariri yang juga moderator rancangan Forum Perdana Ehwal Islam, berjaya menambat hati juri dengan persembahan santainya, menewaskan empat lagi peserta akhir. Kesemua peserta diberikan tajuk yang sama iaitu ‘Bahasa Asas Negara Bangsa’.

Biarpun menyedari gelanggang bahasa bukanlah gelanggang utama buat ahli agama sepertinya, namun mengambilnya sebagai suatu cabaran baharu.

“Alhamdulillah, apa yang kita rencanakan, hari ini dapat diterjemahkan dengan sempurna. Namun yang penting sekali, hari ini saya datang belajar untuk dengar daripada tokoh-tokoh bahasa dan juga peserta lain untuk kita sama-sama memperkasakan Bahasa Melayu kita samada di dalam sektor awam mahupun swasta,” ujarnya.

Hariri turut menjelaskan persediaan menyediakan teks pidato tidaklah begitu mudah seperti yang dijangkakan.

“Masa yang agak lama diambil untuk membaca buku, mentelaah fakta-fakta dan juga menganalisa topik berkaitan. Pengorbanan untuk mentelaah, menganalisa dan menyiapkan teks tersebut berbaloi,” katanya.

Sementara itu, pegawai daripada Mahkamah Tinggi Shah Alam, Maryam Jamielah Ab Manaff diumumkan sebagai naib johan manakala Mohd Rafee Mohamad di tempat ketiga.

Rafee (kiri) berpuas hati di tempat ketiga.

Rafee (kiri) berpuas hati di tempat ketiga.

Mohd Rafee yang bertugas sebagai pegawai Unit Integriti, Kementerian Pendidikan Malaysia, ternyata berpuas hati dengan keputusan ini.

“Persiapan yang dilakukan agak terhad kerana perlu menguruskan tugas-tugas hakiki terlebih dahulu, namun kerana minat segalanya menjadi mudah. Banyak kajian yang dilakukan agar dapat memberikan fakta yang baik,” jelasnya.

Hadiah disampaikan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Zainal Rahim yang turut merasmikan Majlis Sasana Bahasa sempena penutup Bulan Bahadsa Kebangsaan Peringkat Sektor Awam di Auditorium Jabatan Perkhidmatan Awam, di sini, semalam.

Johan menerima hadiah RM1000, piala pusingan, piala iringan dan sijil, sementara itu, naib johan membawa pulang RM750, (piala iringan, dan sijil), manakala tempat ketiga (RM500, piala iringan, dan sijil).

-AAS

Tinggalkan komen anda