Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

100 Asnaf Kg Penampang Proper Terima Sumbangan Yayasan Nur Jauhar

By 5 Ogos 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan oleh: Asmidar Zainol/ Foto: Jeffren M.

PENAMPANG, 4 Ogos (Malaysiaaktif) -Seramai 100 penerima dan wakil Kampung Penampang Proper menerima sumbangan daripada Yayasan Nur Jauhar di sini pada Sabtu, pagi.

Isteri kepada Yang Dipertua Negeri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni berkata, sumbangan tersebut adalah sejajar dengan objektif yayasan iaitu untuk membangunkan masyarakat sejahtera dengan meningkatkan taraf hidup dan seterusnya dapat menyumbang kepada arus pembangunan negara.

4-01

“Yayasan menjana dana dan menyalurkan bantuan kepasa individu-individu yang berhak mendapat bantuan.

“Sebagai penasihat kepada yayasan, saya berharap lebih banyak pihak akan bekerjasama dalam membantu meringankan masalah yang dihadapi oleh mereka yang kurang bernasib baik,” katanya semasa menyampaikan ucapan perasmian Program Ziarah Kasih Yayasan Nur Jauhar.

5-01
Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri Moyog yang juga Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Negeri Sabah, Jenifer Lasimbang berkata kehadiran Toh Puan Norlidah ke majlis berkenaan memberi motivasi kepada wakil-wakil rakyat di negeri ini.

“Kehadiran Toh Puan Norlidah bukan sahaja memberi motivasi kepada kami tetapi turut memberi itizam agar kami terus berusaha gigih bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Saya juga berharap dapat menjalinkan kerjasama yang erat untuk bersama-sama membantu mereka yang kurang berkemampuan dengan mencari sumber untuk membantu mereka dan seterusnya menjadikan daerah ini sebuah daerah yang lebih progresif, dinamik dan penyayang,” ujarnya.

Toh Puan Norlidah (duduk, lima dari kiri) bergambar kenangan bersama mereka yang hadir.

Toh Puan Norlidah (duduk, lima dari kiri) bergambar kenangan bersama mereka yang hadir.

Para penerima bantuan terdiri daripada golongan kurang berkemampuan, orang kurang upaya dan asnaf di sekitar Penampang dan Putatan.

Manakala RM5 ribu diserahkan kepada wakil Kampung Penampang Prospek untuk membaik pulih Balai Raya Merek yang rosak akibat bencana banjir pada Mei lalu.

Hadir sama ialah Pegawai Daerah Penampang, Robert Stidi dan Pengerusi ITCC, Datin Seri Panglima Slyvia Wong- Malakun.

 

 

-MRR

Tinggalkan komen anda