Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeJohor

Warga Batu Pahat Sertai Kempen “Kesedaran Kewarganegaraan” 2018

By 7 Ogos 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan dan Foto oleh Mazlin Basir (Batu Pahat)

 

BATU PAHAT, 7 Ogos (MalaysiaAktif) – Seramai 1000 orang dari pelbagai lapisan masyarakat telah menyahut kempen “Kesedaran Kewarganegeraan” yang telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar. Beliau telah membuat pelepasan ‘Walkaton Mesra Alam’ dari Jalan Rahmat menuju ke Tasik Y, Batu Pahat.

Presiden Dewan Perniagaan Cina Batu Pahat, Kwei Yew Tong memaklumkan bahawa “Kempen Kesedaran Kewarganegaraan”  ini perlu terus dipergiatkan agar warganegara Malaysia khususnya sedar akan tanggungjawab bersama dan menyemai nilai-nilai murni dalam diri dari kecil hingga dewasa”.

Bukan itu sahaja, “Peranan kami adalah untuk membantu kerajaan dalam mempromosikan kesedaran kewarganegaraan secara umum dan organisasi yang baik sebagai badan penghubung antara kerajaan dan rakyat untuk memastikan komunikasi bersama yang berkesan”, katanya lagi.

 

Acara pelepasan 'Walkaton Mesra Alam' oleh EXCO Belia, Sukan dan Kebudayaan Johor Mohd Khuzzan Abu Bakar

Acara pelepasan ‘Walkaton Mesra Alam’ oleh EXCO Belia, Sukan dan Kebudayaan Johor Mohd Khuzzan Abu Bakar

Seramai 1000 orang lapisan masyarakat telah menyahut kempen kerajaan ini. Kempen Kebersihan (Mesra Alam) menjadi penekanan utama pada hari tersebut dan merupakan aktiviti yang memberi kesan serta kesedaran yang lebih besar kepada masyarakat umum.

Sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Dewan Perniagaan Cina Batu Pahat ini juga menekankan kempen-kempen lain seperti Kempen Kesedaran Undang-Undang, Kempen Bersopan-Santun, Kempen Tanggungjawab Sosial dan Kempen Perpaduan Negara.

Antara warga Batu Pahat yang terlibat dalam kempen "Kesedaran Kewarganegaraan"

Antara warga Batu Pahat yang terlibat dalam kempen “Kesedaran Kewarganegaraan”.

Program yang berlangsung pada 4 Ogos di Jalan Rahmat Batu Pahat itu turut dihadiri EXCO Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan, Aminolhuda Hassan, ADUN Penggaram, Gan Peck Cheng dan Wakil Rasmi Pegawai Dearah Batu Pahat, Fazlina Azawiyah Esa.

 

 

Tinggalkan komen anda