Skip to main content
HomeSabah

Jamin Kebebasan Pentadbiran Mahkamah Tinggi Sabah, Sarawak

By 22 Januari 2019Tiada komen1 minit bacaan
Laporan/ foto: Hazlinah Samsir/ Volontine Jiloh (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 22 Jan (Malaysiaaktif) – Kerajaan Negeri Sabah jamin kebebasan pentadbiran Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak mempunyai bidang kuasa masing-masing.

“Saya akan memastikan kebebasan pentadbiran bagi mahkamah tinggi kita terus dikekalkan dan tidak akan berkompromi dalam sebarang campur tangan.

“Isu hangat mengenai Perjanjian Malaysia 1963 juga telah kita utarakan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai hak-hak Sabah dan Sarawak.

“Masih banyak yang perlu kita lakukan dalam memastikan apa yang patut diterima oleh negeri ini, diberikan sewajarnya,” katanya semasa berucap sempena Opening Legal Year Gala Dinner 2019 di sini, baru-baru ini.

Tambah beliau, penubuhan Sabah Law Society (SLS) juga merupakan pengiktirafan terhadap autonomi yang dimiliki Sabah dalam profesion undang-undang.

Pada majlis sama, Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum melancarkan ‘Quick Reference Guides’ yang merupakan kompilasi rujukan perundangan negeri seperti Sale and Purchase Agreements (Residential Properties) and Caveats in Sabah, Loan Recovery via Land Auction dan Civil Claims.

EM

Tinggalkan komen anda