Skip to main content
HomeJohor

Johor Yakin Capai Sasaran Pelaburan RM8 Bilion

By 24 Januari 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
 Laporan & Foto oleh: Zuriatina Tamat (Tangkak)

TANGKAK, 24 Jan (Malaysiaaktif) – Sasaran 8 bilion pelaburan di negeri ini dijangka akan dapat dicapai sepenuhnya penghujung tahun ini.

Sebagaimana yang dibentangkan oleh Menteri Besar Johor di dalam Bajet Johor 2019, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa Pelaburan dan Utiliti Negeri Johor, Jimmy Puah Wee Tse percaya dapat merealisasikan sasaran Pelaburan tersebut.

Beliau berkata, “Kerajaan Johor sangat mengalu-alukan pelaburan dari luar terutama dalam bidang berteknologi tinggi selaras dengan sasaran Johor untuk menjadi negeri berprestasi tinggi pada masa hadapan dengan visi 3H iaitu High Technology, High Value dan Halal. Namun empat syarat telah digariskan untuk dipatuhi bakal pelabur di Johor.”

Menurut beliau, 4 syarat tersebut ialah pelabur perlu melibatkan kerjasama dengan rakyat Johor seperti kontraktor tempatan, mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Johor, perlunya pertukaran teknologi yang mana teknologi yang ditinggalkan boleh diteruskan oleh rakyat Johor dan pelaburan yang di bawa ke Johor mestilah bercirikan mesra alam.

Dalam pertemuan singkat beliau bersama kakitangan Majlis Daerah Tangkak (MDT) pagi tadi, beliau turut menyatakan komitmen kerajaan Negeri Johor dalam usaha membangunkan Kawasan Industri Bukit Gambir sebagai Koridor Ekonomi Utara Johor bagi jangka masa panjang yang akan melibatkan Tangak, Segamat dan Muar. Ini kerana lebih 89 peratus pembangunan dan pemintaan di Johor adalah tertumpu di Selatan Johor dan keadaan ini kurang sihat untuk Negeri Johor.

Tambah beliau, Tangkak memainkan peranan penting sebagai pintu masuk Johor dari Utara dan ia lebih dekat dengan Pelabuhan Klang, KLIA dan juga Melaka. Tangkak berpeluang untuk lebih membangun namun usaha dalam membawa pelabur ke Tangkak perlu dipergiatkan, antaranya dalam bidang perindustrian pemprosesan agar sejajar dengan pengeluaran hasil pertanian di daerah ini.

Jimmy juga menyatakan rasa gembira kerana Johor telah menerima Pelaburan berjumlah 7.5 bilion tahun ini melalui pelaburan syarikat ST Microelectronic Sdn Bhd, sebuah syarikat gabungan dari Netherlands dan Perancis yang beroperasi di Tanjung Agas, Tangkak dan pelaburan ini telah disahkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dalam dua fasa yang bakal membuka peluang pekerjaan dan pendapatan tinggi kepada 578 anak tempatan.

EM

Tinggalkan komen anda