Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Hubungan China, Malaysia Kekal Erat 45 Tahun

By 16 Februari 2019Tiada komen3 minit bacaan
Laporan/foto:Asmidar Zainol/Abdullah Sani Ariff Lokman(Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 16 Feb (Malaysiaaktif) – Hubungan diplomatik China – Malaysia termasuk Sabah terus kekal erat sejak 45 tahun lalu.

Konsulat Jeneral China di Kota Kinabalu, Liang Caide berkata tahun 2018 menjadi tahun yang luar biasa untuk hubungan China-Malaysia.

Pertunjukan Tarian Singa turut dipersembahkan kepada hadirin yang hadir.

Pertunjukan Tarian Singa turut dipersembahkan kepada hadirin yang hadir.

“Di bawah usaha bersama kedua-dua pihak, hubungan China-Malaysia telah bertahan dengan ujian dan terus bergerak maju ke arah yang baharu sebagai titik permulaan dalam sejarah.

“Tahun lepas, jumlah dagangan antara kedua-dua negara mencapai rekod tinggi, sekali lagi mengatasi nilai 100 bilion dolar AS, mencecah 108.6 bilion dolar AS, peningkatan sebanyak 13 peratus berbanding tahun sebelumnya,” ujarnya.

IMG-20190216-WA0050

Menurut beliau, China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia selama sepuluh tahun berturut-turut dan pelabur terbesar dalam industri pembuatan Malaysia selama tiga tahun berturut-turut.

“Menjelang akhir September lalu, China telah melabur dalam lebih daripada 411 projek dalam industri pembuatan Malaysia, mewujudkan lebih daripada 70,000 pekerjaan.

Antara tetamu yang hadir turut mengaul Yee Sang.

Antara tetamu yang hadir turut mengaul Yee Sang.

“Kami gembira melihat lebih banyak syarikat China datang ke Sabah untuk kerjasama, pelaburan dan pembangunan di kawasan termasuk infrastruktur, hartanah, kuasa elektrik, telekomunikasi, perladangan, akuakultur, pelancongan dan perhotelan, logistik, perkilangan dan lain-lain.

“Syarikat-syarikat ini telah membawa modal dan teknologi ke Sabah, mempromosikan pembinaan infrastruktur dan pembangunan pelbagai industri di Sabah, mencipta lebih banyak peluang pekerjaan, menyuntik lebih banyak tenaga ke dalam ekonomi tempatan, dan membawa faedah nyata kepada penduduk setempat,” jelasnya.

IMG-20190216-WA0052

Tambah Caide, China juga menjadi sumber ketibaan pelancong asing terbesar ke Malaysia selama tujuh tahun berturut-turut.

“Kami gembira melihat lebih banyak orang China datang ke Sabah untuk melancong dan menurut statistik terkini yang dikeluarkan oleh Lembaga Pelancongan Sabah, bilangan pelancong China yang melawat Sabah tahun lepas mencapai 593,600, hampir 600,000, meningkat 37.7 peratus, jauh melebihi sasaran asal kami iaitu 500,000.

IMG-20190216-WA0054

“Ini menunjukkan bahawa Sabah semakin popular di China, yang menjadi salah satu destinasi pelancongan kegemaran bagi pelancong China.

“Pada masa yang sama, terdapat peningkatan pelancong dari Sabah melawat China di mana Konsulat Jeneral mengeluarkan lebih daripada 31,000 visa, peningkatan 22 peratus berbanding tahun sebelumnya.

IMG-20190216-WA0047

“Pada masa ini, jumlah penerbangan terus dari Kota Kinabalu ke pelbagai bandar di China telah mencapai 121 penerbangan seminggu, iaitu purata 17 penerbangan terus sehari antara China dan Sabah,” jelasnya.

Menurut Caide, bersempena dengan 45 tahun hubungan diplomatik tersebut, Kedutaan China telah mencipta lagu ‘The Left Shoulder’ sebagai memperingati hubungan kedua-dua negara.

Caide (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Tun Juhar (dua dari kiri).

Caide (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Tun Juhar (dua dari kiri).

“Sama seperti lirik lagu tersebut, “Sahabat sejati dan jiran yang baik tidak akan dipisahkan … mari kita mendaki gunung-gunung yang tinggi bersama-sama” yang memberi gambaran persahabatan sejati China-Malaysia selama 45 tahun.

“Konsulat Jeneral juga akan melancarkan beberapa program lain antaranya konsert piano simfoni yang akan dipersembahkan oleh artis-artis China dan Malaysia, anjuran bersama Kerajaan Negeri Sabah dan persahabatan China-Malaysia di Kota Kinabalu dan Guangzhou,” kongsinya semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Jamuan Tahun Baru Cina 2019 di sini pada Jumaat.

 Tetamu kehormat bergambar kenangan bersama penari Tarian Singa.

Tetamu kehormat bergambar kenangan bersama penari Tarian Singa.

Turut hadir pada majlis ialah Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Dr. Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M. Jasni; Timbalan-timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Wilfred Tangau merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian; Datuk Christina Liew yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Stephen Wong; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Frankie Poon; Timbalan Speaker, Datuk George Ginibun dan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Nordin Siman.

EM

Tinggalkan komen anda