Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

TM Didik Masyarakat Jaga Kebersihan Pantai

By 16 Februari 2019Tiada komen1 minit bacaan
Laporan/foto:Eviannie Kin/Johnny George Kimlon(Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 16 Feb (Malaysiaaktif) – Sampah dianggarkan seberat 100 kilogram (kg) berjaya dikutip sempena Program Pembersihan Pantai Awam Teluk Likas anjuran Telekom Malaysia (TM) Sabah, pada petang Jumaat.

Pengurus Besar Negeri TM Sabah, Datuk Mohd Sainal Mohd Amin berkata, program itu merupakan antara perancangan TM bagi meningkatkan kesedaran dan mendidik masyarakat bersama-sama menjaga kebersihan pantai.

Nordin (dua dari kanan) diiringi Sainal (dua dari kiri) semasa melawat pameran.

Nordin (dua dari kanan) diiringi Sainal (dua dari kiri) semasa melawat pameran.

“Kami di TM menyahut seruan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu untuk menjaga kebersihan di seluruh bandaraya ini.

“Jadi ini adalah antara satu program awal TM Sabah dan selepas ini banyak lagi program yang dirancang bersama-sama dengan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK),” katanya ketika ditemui media.

Para pemenang Pertandingan mewarna kanak-kanak merakam kenangan bersama dengan Nordin (lima dari kanan) dan Sainal (empat dari kiri).

Para pemenang Pertandingan mewarna kanak-kanak merakam kenangan bersama dengan Nordin (lima dari kanan) dan Sainal (empat dari kiri).

Seramai 300 warga TM dan DBKK turut serta pada program tersebut yang disempurnakan oleh Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Nordin Siman.

Turut diadakan Pertandingan mewarna kanak-kanak bertemakan ‘Saya Sayang KK’.

EM

 

Tinggalkan komen anda