Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Himpunan Seni Pertahanan Diri Pecah Rekod MBOR

By 13 Mac 2019Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan/foto: Rose Rasidi/Bashsyar Abdullah (Alor Setar)

ALOR SETAR, 13 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 2,681 peserta menyertai Himpunan Gerak Seni Pertahanan Diri bertempat di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Syed Omar, di sini semalam.

Himpunan ini melibatkan 17 Pertubuhan Seni Bela Diri dari 114 buah sekolah dan institut pengajian tinggi awam dari negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak.

Penglibatan seramai 2,681 peserta, berjaya memecah rekod penyertaan paling ramai dalam himpunan seni pertahanan diri.

Penglibatan seramai 2,681 peserta, berjaya memecah rekod penyertaan paling ramai dalam himpunan seni pertahanan diri.

Menurut wakil Malaysia Book Of Records (MBOR), Mohd Hafizi Hamdan, himpunan pertahanan diri ini telah mencatatkan sebagai jumlah penyertaan paling ramai di Malaysia, berjaya mengatasi rekod yang pernah dicipta sebuah institusi di negara ini pada 2016 melibatkan 1,600 penyertaan.

Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah turut berkenan berangkat menyaksikan persembahan seni mempertahankan diri yang menggabungkan persembahan unik daripada pelbagai seni bela diri melibatkan seni silat kaum Melayu, Cina dan India, serta seni bela diri luar seperti karate dan taekwondo.

Pengarah Pendidikan Kedah, Abd Aziz Selaiman berkata, seni pertahanan diri amat penting untuk diwarisi oleh golongan muda masa kini.

“Usaha memartabatkan seni bela diri amat penting bagi menanam minat kepada golongan muda dan memastikan seni ini tidak lapuk ditelan zaman. Aktiviti himpunan seni bela diri ini dapat mewujudkan lagi elemen perpaduan yang kukuh dalam masyarakat kita hari ini,” tambahnya.

-SH

Tinggalkan komen anda