Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Restoran Nelayan, Medan Ikan Bakar Tarikan Baharu ke Bandar Baharu

By 13 Mac 2019Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan/foto: Hasmah Hanafi (Bandar Baharu)

BANDAR BAHARU, 13 Mac (Malaysiaaktif) – Bandar Baharu yang terletak bersempadanan dengan Perak dan Pulau Pinang merupakan satu daerah kecil yang giat  berusaha membangunkan pelbagai sektor ekonomi dan pembangunan.

Projek naik taraf Restoran Nelayan dan Medan Ikan Bakar di Pekan Bandar Baharu telah siap sepenuhnya.

dan majlis penyerahan telahpun diadakan antara Dr. Megat Sany Megat Ahmad Supian, Pengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah kepada  Shahir  Salleh.

Shahir Salleh (kiri) bersama-sama Pengarah Pejabat Persekutuan Negeri Kedah menandatangani dokumen penyerahan Restoran Nelayan/Medan Ikan Bakar Santai 'D'Bandar Baharu.

Shahir Salleh (kiri) bersama-sama Pengarah Pejabat Persekutuan Negeri Kedah menandatangani dokumen penyerahan Restoran Nelayan/Medan Ikan Bakar Santai ‘D’Bandar Baharu.

Setiausaha Majlis Daerah Bandar Baharu Shahir Salleh, ketika menerima serahan medan ini berharap ini akan menjadi daya tarikan baharu pengunjung ke Daerah Bandar Baharu selain menjadi pemangkin projek-projek pembangunan yang lain.

“Sesuai dengan kedudukan strategik Bandar Baharu bersebelahan Sungai Kerian dan Lebuh Raya Utara Selatan dalam usaha ingin memperkenalkan daerah ini kepada luar.

“Saya berharap semua pihak sama ada jabatan-jabatan kerajaan, swasta  mahupun sesiapa saja akan berusaha keras dalam mempromosikan secara meluas medan ikan bakar ini agar ianya dapat diketahui umum bukan saja dalam daerah bahkan dari luar’ ujarnya, baru-baru ini.

Projek tersebut yang menelan kos hampir RM1.3 juta itu telah memulakan kerja–kerja naik tarafnya sejak Februari tahun lalu. Kedudukan restoran nelayan ini dipinggir Sungai Kerian amat strategik untuk tarikan orang ramai.

-SH

Tinggalkan komen anda