Skip to main content
Berita TempatanHomePahang

Kolej Komuniti Pahang sedia Berentap di KSKK

By 13 Mac 2019Tiada komen2 minit bacaan
    Laporan/foto: Akmar Irdawaty (Kuantan)  

KUANTAN, 13 Mac (Malaysiaaktif) – Lapan buah Kolej Komuniti Negeri Pahang telah menyertai Kejohanan Boling Tertutup Kolej Komuniti Negeri Pahang 2019 bagi pemilihan atlit terbaik yang akan mewakili pasukan Kolej Komuniti Pahang ke Kejohanan Sukan Kolej Komuniti Malaysia 2019 (KSKK 2019) yang bakal diadakan di Negeri Selangor pada  26 hingga 28 April 2019 nanti.

Kejohanan Boling Tertutup Kolej Komuniti Negeri Pahang 2019, anjuran Unit Belia dan Sukan, Kolej Komuniti Kuantan dengan kerjasama Majlis Sukan Kolej Komuniti (MASKOM) Negeri Pahang ini telah berlangsung di Megalanes Megamall, Kuantan, disertai oleh Kolej Komuniti Kuantan selaku tuan rumah, Kolej Komuniti Paya Besar, Kolej Komuniti Pekan, Kolej Komuniti Temerloh, Kolej Komuniti Rompin, Kolej Komuniti Jerantut, Kolej Komuniti Bera dan Kolej Komuniti Bentong.

Para pelajar mendengar taklimat daripada urus setia pertandingan

Para pelajar mendengar taklimat daripada urus setia pertandingan

Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh, Pegawai Belia dan Sukan, Kolej Komuniti Kuantan, berkata objektif utama kejohanan yang mengumpulkan seramai 48 orang bakat pemain boling dari seluruh kolej komuniti di Negeri Pahang ini adalah bagi memilih atlit terbaik untuk dilatih bagi mewakili pasukan Kolej Komuniti Pahang ke KSKK 2019.

“Para peserta dinilai dengan jumlah mata tertinggi keseluruhan dalam tiga permainan bagi setiap individu dengan tiga kategori telah dipertandingkan iaitu Kategori Individu Pelajar Lelaki, Individu Pelajar Wanita dan kategori tambahan iaitu Kategori Individu Staf ”, katanya.

Johan kategori Pelajar (lelaki) Kamal Amirul Afiq daripada Kolej Komuniti Kuantan

Johan kategori Pelajar (lelaki) Kamal Amirul Afiq daripada Kolej Komuniti Kuantan

Tambah beliau lagi, kejohanan kali ini menyaksikan seramai lapan orang pemenang dipilih bagi setiap kategori yang dipertandingkan. Pihak pengurusan pasukan dan juga penganjuran kejohanan pada kali ini berpuas hati dengan prestasi para pemain dan corak  permainan yang dipamerkan, yang pastinya mampu memberikan cabaran sengit kepada pasukan Kolej Komuniti negeri lain pada kejohanan peringkat Kebangsaan itu nanti.

Johan kategori Pelajar (Perempuan) , Nurfahanieza Mohd Amin daripada Kolej Komuniti Temerloh

Johan kategori Pelajar (Perempuan) , Nurfahanieza Mohd Amin daripada Kolej Komuniti Temerloh

“Pasukan Kolej Komuniti Kuantan juga telah menunjukkan prestasi yang sangat membanggakan dalam kejohanan kali ini dengan memenangi dua kategori iaitu Johan Kategori Pelajar Lelaki (Kamal Amirul Afiq Bin Kamalazman) dan Johan Kategori Individu Staf (Asmawi Muda @ Othman) manakala Johan bagi Kategori Pelajar Wanita dimenangi oleh Kolej Komuniti Temerloh (Nurfahanieza Binti Mohd Amin)”, ujarnya lagi.

berikut merupakan senarai penuh pemenang dan bakal mewakil Kolej Komuniti Pahang

Kategori Individu Pelajar Lelaki:

Johan             : Kamal Amirul Afiq Bin Kamalazman (Kk Kuantan)

Naib Johan   : Mohammat Izzat Bin Suhaimi (Kk Bentong)

Ketiga             : Amirul Hafiz Bin Yoli Usman (Kk Temerloh)

Keempat        : Mohd Ziqriel Haziq B. Ta’arif (Kk Pekan)

 

Kategori Individu Pelajar Wanita:

Johan             : Nurfahanieza Binti Mohd Amin (Kk Temerloh)

Naib Johan   : Nur Syahirah Binti Mohamad Sharif (Kk Rompin)

Ketiga             : Nur Fhazlin Ainaa Binti Mohd Rashid (Kk Paya Besar)

Keempat        : Amyra Nabila Bt Mohamad (Kk Kuantan)

ER

 

Tinggalkan komen anda