Skip to main content
HomeTerengganu

Wanita Buktikan Mampu Ketuai Pelayaran Sempena LIMA 2019

By 12 Mac 2019Tiada komen1 minit bacaan
 Laporan/foto: Tengku Saipulah Tengku Mohamed (Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 12 Mac (Malaysiaaktif) – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melantik ketua di kalangan wanita selaku peneraju pelayaran sebagai pengiktirafan UMT kepada wanita selaras dengan tema Wanita dan Kelautan sempena Hari Kelautan Sedunia tahun ini.

Pengerusi Program Biologi Marin, Pusat Pengajian Sains Marin dan Sekitaran UMT, Dr Roswati Md Amin menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pelayaran menggunakan kapal penyelidikan UMT, RV Discovery selama 20 hari bermula hari ini ke Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA 2019).

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berbual dengan Dr. Roswati Md Amin

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berbual dengan Dr. Roswati Md Amin

RV Discovery akan mengelilingi Semenanjung Malaysia menerusi dua laluan maritim, Laut China Selatan dan Selat Melaka selama 20 hari bersama 25 saintis lapangan dan makmal, termasuk lima daripadanya adalah saintis wanita.

Menurut Naib Canselor UMT, Profesor Datuk Dr. Nor Aieni Mokhtar, UMT mengiktiraf peranan wanita dalam usaha memberikan kesedaran kepada umum berkenaan keterlibatan serta peranan wanita yang memberi impak penting dalam usaha konservasi dan juga pekerjaan berkaitan kelautan.

Menurutnya lagi “pelayaran ini juga akan melalui lebih 45 lokasi bagi melakukan kajian berkaitan sains marin dan perubahan iklim termasuk di Pulau Perak, Kedah.”

EM

Tinggalkan komen anda