Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

100 Pegawai Hospital Sertai Kursus Fire Safety Officer

By 15 April 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Zaidi Jamin (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 15 Apr (Malaysiaaktif) – Setiap anggota hospital bukan sahaja perlu mahir berkenaan sistem kebombaan malah perlu terlatih berkaitan teknik pengungsian bangunan dan menyelamatkan pesakit apabila berlaku sebarang kemungkinan kebakaran.

Menyedari perlunya pendedahan dan kesedaran ini, Jawatankuasa Keselamatan Kebakaran Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dengan kerjasama Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT), Hospital Queen Elizabeth (HQE) mengambil pendekatan menganjurkan Kursus Fire Safety Officer bertempat di Auditorium HQE baru-baru ini.

Peserta turut dilatih dan dibimbing berkaitan penggunaan gegelung hos dan kemahiran menggunakan pili bomba.

Peserta turut dilatih dan dibimbing berkaitan penggunaan gegelung hos dan kemahiran menggunakan pili bomba.

Lebih 100 peserta kalangan anggota hospital pelbagai kategori melibatkan 24 hospital seluruh Sabah menyertai kursus yang antara lain bertujuan memberi pengetahuan dan pendedahan tentang langkah keselamatan apabila berhadapan situasi kebakaran.

Menurut salah seorang peserta, Md. Azmil @ Abdul Kamil Salleh berkata, kursus yang dianjurkan memberi banyak manfaat sebagai pendedahan secara teori dan praktikal kepada peserta tentang langkah keselamatan apabila berhadapan situasi bencana mahupun kebakaran.

Md. Azmil @ Abdul Kamil Salleh Penolong Pegawai Perubatan

Md. Azmil @ Abdul Kamil Salleh Penolong Pegawai Perubatan

Tambahnya penganjuran seperti ini adalah sesuatu yang perlu bagi memastikan pegawai serta kakitangan yang dilantik selaku Pegawai kebakaran hospital sentiasa kompeten untuk melaksanakan tugasan khususnya berkaitan dengan aspek-aspek risiko bencana kebakaran, ujarnya.

Bagi peserta Christopher John, setiap anggota yang bertugas di hospital perlu memiliki pengetahuan kerana mereka merupakan individu yang dipertanggungjawabkan untuk mengatasi, bertindak seawal mungkin dan mengenalpasti sebarang risiko kebakaran tempat mereka bertugas.

Fasilitator Kursus, Christopher John

Fasilitator Kursus, Christopher John

Sehubungan itu pendedahan melalui kursus dengan kerjasama pasukan bomba dan penyelamat perlu dianjurkan lebih kerap agar anggota yang dilantik selaku Pegawai Kebakaran Hospital sentiasa peka dan bersiap sedia dari masa ke  semasa.

Christopher yang turut bertindak selaku fasilitator kursus turut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas kerjasama pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat sepanjang kursus berlangsung dan beliau berharap para peserta kursus mampu mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran yang diperolehi dalam memastikan tahap keselamatan peringkat hospital masing-masing terkawal dan selamat.

Para peserta kursus ketika berada di lapangan sebelum memulakan latihan praktikal tentang langkah perlu dan teknik mengawal api jika berlaku kebakaran.

Para peserta kursus ketika berada di lapangan sebelum memulakan latihan praktikal tentang langkah perlu dan teknik mengawal api jika berlaku kebakaran.

Majlis penutupan kursus yang berlangsung di Balai Bomba dan Penyelamat di Sembulan telah disempurnakan oleh  Ketua Penolong Pengarah Perubatan JKNS Dr. Chin Kuan Yei.

Hadir sama pada majlis, Ketua Unit Kesedaran Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Hendry Goliong serta Abu Kasin Jidin selaku Pengerusi Penganjur kursus.

EM

Tinggalkan komen anda