Skip to main content
Berita TempatanHomeJohor

Amalan Terbaik Semasa Makan Bermula dari Sekolah

By 30 April 2019Tiada komen3 minit bacaan
Laporan/foto: Nor Adilah Abdullah/Shadariah Ismail (Kota Tinggi)

KOTA TINGGI, 30 Apr (Malaysiaaktif) – Malaysia kaya dengan kepelbagaian makanannya yang lazat. Daripada hidangan lauk-pauk, masakan panas, kuih-muih dan pencuci mulut, semuanya enak belaka.

Amalan pengambilan makanan yang sihat ini seharusnya dipupuk dari rumah dan seelok-eloknya sejak peringkat awal usia kanak-kanak supaya ia menjadi satu tabiat sepanjang hayat.

Program Amalan Terbaik Kantin ini, mengetengahkan pendekatan yang menggalakkan pemakanan seimbang dalam kalangan generasi muda bermula dari peringkat sekolah menerusi Pertandingan Memasak yang menjadi platform terbaik mendidik pelajar mengenai makanan, khasiat pemakanan dan tabiat makan yang sihat.

Wakil Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Johor, Nurulaini Mohd Kasran melancarkan gimik perasmian amalan terbaik kantin

Wakil Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Johor, Nurulaini Mohd Kasran melancarkan gimik perasmian amalan terbaik kantin

Usaha pihak sekolah dalam menjenamakan semula kantin adalah bagi melahirkan suasana kantin yang kondusif dan bersih. Secara tidak langsung, ia juga dapat menerapkan amalan terbaik bagi murid- murid semasa makan di kantin, sehingga amalan tersebut dapat diaplikasikan di rumah.

Selain daripada itu, kesedaran menjaga pemakanan yang seimbang utk melahirkan individu yang sihat dari segi rohani dan jasmani juga dapat diterapkan dalam diri pelajar. Secara tidak langsung sekolah dapat melahirkan murid yg bertatasusila dan berdisiplin sebagai budaya warga sekolah.

Menurut Guru Besar Sekolah Kebangsaan Laksamana, Bibi Sakinah Haron Khan, program ini dianjurkan bagi mewujudkan kesedaran pemakanan yang seimbang untuk melahirkan individu yang sihat dari segi rohani dan jasmani.

Tetamu VIP sedang mewarnakan mural di dinding

Tetamu VIP sedang mewarnakan mural di dinding

“Dengan adanya pelancaran La Cuisine Café ini, penerapan yang terbaik bagi murid-murid semasa makan di kantin dapat diamalkan sehingga diaplikasikan di rumah,” katanya.

“Setiap persatuan di sekolah ini akan bergilir-gilir menjual makanan yang sihat dan seimbang mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

“Selain daripada program pemakanan sihat dan seimbang yang dianjurkan oleh pihak sekolah, satu aktiviti grafiti mural telah diadakan di sekolah yang sama bagi mencantikkan bangunan di sekolah tersebut,” ujarnya lagi.

Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi sedang merasa masakan sihat yang dimasak oleh peserta

Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi sedang merasa masakan sihat yang dimasak oleh peserta

Dalam pada itu, Wakil Pengarah Penerangan Negeri Johor, Nurulaini Mohd Kasran berkata grafiti yang dihasilkan kebanyakkan memberi unsur patriotisme dan kenegaraan. Ini untuk menarik minat pelajar sekolah sekaligus menanam semangat cintakan Negara dalam diri mereka.

“Grafiti mural antara aktiviti yang cukup terkenal dalam kalangan remaja sekarang. Kita sendiri melihat kebanyakkan tempat dan bangunan lama diserikan dengan grafiti mural untuk mencantikkan lagi bangunan tersebut,” katanya.

Jabatan Penerangan Malaysia, melalui Bahagian Komunikasi Visual juga telah menyumbang idea dan tenaga dalam membuat lukisan mural di kawasan persekitaran kantin. Ia dilihat sebagai usaha untuk melahirkan semangat patriotisme di kalangan pelajar dan juga dapat menggambarkan ekspresi rakyat Malaysia yang cintakan tanah air selain mencantikkan persekitaran kantin.

Grafiti mural disumbangkan oleh Bahagian Komunikasi Visual dan Senireka Jabatan Penerangan Malaysia diketuai oleh Faiz Haidzir, Aida Mutaffa, Faaza Zakaria dan Amran Awang.

Tetamu VIP bergambar bersama - sama pelukis mural graviti

Tetamu VIP bergambar bersama – sama pelukis mural graviti

Program ini telah mendapat kerjasama daripada Jabatan Penerangan Malaysia, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi, Unit Kantin & 3K SK Laksamana, PIBG selain turut mendapat sokongan pihak swasta.

Turut hadir, Pegawai-Pegawai daripada Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi, Guru-guru Besar Zon Bandar dan Kakitangan Bahagian Komunikasi Visual Jabatan Penerangan Malaysia serta pihak swasta yang menyumbang kepada program ini seperti RHB Bank, Kedai Emas Anuar, SWM dan Syarikat Farm Fresh turut hadir memberikan sokongan.

EM

Tinggalkan komen anda