Skip to main content
HomeJohor

Sungai Aset Rakyat Bukan Beban

By 30 April 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/Foto: Hashim Sha’ri (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 30 Apr (MalaysiaAktif) – Pencemaran Sungai sudah menjadi sesuatu kebimbangan pada negara kita.

Di Malaysia sahaja, terdapat 29 buah sungai yang diklasfikasikan sebagai sungai yang telah tercemar pada tahap yang membimbangkan dan lebih malang lagi apabila  21 daripada sungai yang tercemar adalah dari negeri Johor.

Penganjur yang menggelarkan diri mereka sebagai “I.EARTH U” telah berganding bahu untuk menyelamatkan sungai ini kerana menyedari bahawa sungai merupakan aset bagi penduduk bumi.

Chen Kah Eng memberi taklimat Program Pembersihan Sungai Kampung Bakar Batu

Chen Kah Eng memberi taklimat Program Pembersihan Sungai Kampung Bakar Batu

ADUN Stulang, Chen Kah Eng mengadakan satu inisiatif mengajak masyarakat setempat untuk membersihkan sungai Kampung Bakar Batu. Sungai ini didapati tercemar dengan sampah saraf yang boleh menyebabkan sumber asli di sini turut terjejas.

“Marilah kita sama-sama memelihara dan melindungi alam sekitar, supaya alam sekitar kita boleh melindungi kita,” ujar beliau sebagai perangsang kepada para sukarelawan yang hadir di Jeti Nelayan Kampung Bakar Batu.

“Pencemaran Sungai telah memusnahkan habitat ikan dan ini mempengaruhi sumber pendapatan Nelayan. Jika isu ini dibiarkan, pada satu hari nanti, rakyat Johor akan menjadi mangsa pencemaran alam sekitar yang akan menjejaskan kehidupan seharian.

 

“Tidak dinafikan bahawa sungai merupakan salah satu sumber air yang paling penting. Rakyat Johor mungkin akan menghadapi gangguan bekalan air jikalau pencemaran sungai tidak dikawal. Kesannya negeri ini akan kehilangan sumber air dan mungkin perlu membeli air daripada negeri lain,” ujarnya lagi.

Sebelum bermulanya program Pembersihan Sungai Bakar Batu

Sebelum bermulanya program Pembersihan Sungai Bakar Batu

Ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Zon Bakar Batu, Faizah Amat Satar mengucapkan terima kasih kepada penganjur dan sukarelawan yang sudi datang ke Zon Bakar Batu untuk sama-sama membersihkan Sungai dan menjaga Alam sekitar khasnya Sungai Bakar Batu.

“Sungai ini adalah khazanah yang paling berharga kepada manusia dan sebenarnya bukanlah bebanan kepada kita semua untuk menjaganya,” ujar beliau yang berharap agar generasi hari ini mampu menjaga kebersihan sungai sedia ada.

Dalam pada itu, Ketua Kampung Bakar Batu, Razali Mohamad mengucapkan terima kasih kepada penganjur program dan berharap agar usaha ini dapat diteruskan pada masa hadapan untuk memastikan sungai sentiasa dalam keadaan bersih.

Faizah Amat Satar menyokong usaha masyarakat hari ini menyayangi sungai untuk generasi akan datang

Faizah Amat Satar menyokong usaha masyarakat hari ini menyayangi sungai untuk generasi akan datang

“Program ini telah mendapat kerjasama daripada Majlis Bandaraya Johor Bahru, SWM Enviroment, Jabatan Pengaliran dan para pelajar dari MIDS International School, Southern Universiti College, Sunway College, UTM Skudai, Suria Collage of Hospitaliti serta Foon Yew High School.

Sebanyak 1,436.1 kilogram sampah dilaporkan telah berjaya dibersihkan sepanjang program ini berlangsung.

EM

Tinggalkan komen anda