Skip to main content
Berita TempatanEkonomiHomePulau Pinang

CAEXPO 2019; Buka Peluang Syarikat Tempatan Tembusi Pasaran China

By 23 April 2019Jun 21st, 2022Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Abdul Waasiek Ahmad Fikri (Barat Daya)

BAYAN LEPAS, 23 Apr (Malaysiaaktif) – Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) telah menganjurkan jeyawara seminar dalam mempromosikan China ASEAN Expo (CAEXPO) 2019 di Hotel Eastin, di sini semalam.

Seminar itu bertujuan mempromosikan penyertaan syarikat-syarikat kecil dan sederhana tempatan dalam usaha menembusi pasaran besar di negara China.

China merupakan sebuah negara yang mempunyai populasi rakyat sebanyak 1.4 bilion orang dan ia juga merupakan sebuah negara yang mempunyai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) terbesar dunia.

Ong Yew Chee, Pengarah Kanan Seksyen China dan Asia Timur MATRADE kefika menjawab soalan media

Ong Yew Chee, Pengarah Kanan Seksyen China dan Asia Timur MATRADE kefika menjawab soalan media

Tambahan lagi, China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia bagi tempoh 10 tahun berturut-turut sejak 2009. Pada tahun 2018 sahaja jumlah keseluruhan dagangan negara dengan China adalah sebanyak RM313.81 bilion berbanding RM290.40 pada tahun 2017 ia berlaku peningkatan sebanyak 8.1%.

Sehubungan dengan itu, dalam mengambil peluang mempromosikan produk negara, semua syarikat dalam negara terutamanya di negeri-negeri utara Malaysia dijemput menyertai CAEXPO 2019 yang bakal berlangsung di Bandar Nanning, Wilayah Guangxi Zhuang, China pada 20 September sehingga 23 September 2019.

Sebagai makluman bagi CAEXPO pada tahun lepas telah menarik 29 syarikat tempatan dari negeri-negeri di utara Malaysia bersamaan 16.6% daripada keseluruhan syarikat Malaysia yang menyertai CAEXPO 2018 iaitu sebanyak 15 syarikat dari Pulau Pinang, 11 syarikat dari Kedah dan 3 syarikat dari Perak.

Ong Yew Chee bergambar bersama urusetia majlis

Ong Yew Chee bergambar bersama urusetia majlis

Pada majlis itu, Ketua Pengarah Bahagian China dan Utara Asia MATRADE, Ong Yew Chee berkata CAEXPO merupakan pameran perdagangan terbesar luar negara yang MATRADE pernah anjurkan dari segi penyertaan dan ruang yang diberikan.

“CAEXPO  akan terus menjadi pameran perdagangan paling produktif untuk syarikat-syarikat negara ASEAN yang mahu berkeinginan menembusi pasaran China yang besar”, katanya.

“Malah, saban tahun CAEXPO telah memberi manfaat kepada ramai pengimport Malaysia dalam membina rangkaian perniagaan yang mapan dan juga dapat mengetahui pasaran negara China secara lebih mendalam”, tambahnya lagi.

Jeyawara CAEXPO 2019 ini akan berlangsung di tiga lokasi di Malaysia iaitu di Pulau Pinang, Kota Kinabalu dan Kuala-Lumpur dan Pulau Pinang merupakan destinasi pertama untuk seminar anjuran MATRADE ini.

Oleh itu, semua syarikat yang berminat untuk menyertai CAEXPO 2019 boleh mendaftar di laman sesawang MATRADE sebelum 7 Jun 2019.

Tinggalkan komen anda