Skip to main content
Berita TempatanHomePulau Pinang

Pelajar 11 Tahun Pinjam 745 Naskah buku Setahun

By 23 April 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Halimah Abdul Ghani (Seberang Perai Tengah)

BUKIT MERTAJAM, 23 Apr (Malaysiaaktif) – Adik Nur Erlina Sufia binti Abdullah, pelajar tahun lima dari Sekolah Kebangsaan Sungai Bakap Indah, Seberang Perai Selatan tidak menyangka minatnya dalam membaca memberi rezeki kepada beliau memenangi Anugerah Peminjam Terbanyak Kategori Kanak-kanak dengan jumlah pinjaman buku di perpustakaan sebanyak 745 bagi tahun 2018.

Adik Nur Erlina Sufia yang ditemui sejurus selepas memenangi kategori tersebut mengakui bahawa beliau sememangnya amat minat membaca dan hobi ini mulai dilakukan sejak dari kecil. Beliau telah membawa pulang sijil penghargaan berserta wang tunai berjumlah RM 200. Ibunya, Siti Azura Che Awang memaklumkan bahawa anaknya memang amat gemar membaca dan mereka sekeluarga sentiasa memberi sokongan atas minat tersebut.

Adik Nur Erlina Sufia bersama hadiah dan anugerah yang dimenangi

Adik Nur Erlina Sufia bersama hadiah dan anugerah yang dimenangi

Selain itu, mereka juga turut menyediakan ruangan khas di rumah bagi memberi keselesaan kepada adik  Nur Erlina membaca. Tambahannya lagi, lokasi rumah mereka yang berhampiran dengan perpustakaan lebih memudahkan adik Nur Erlina mendapatkan bahan bacaan.

Adik Nur Erlina Sufia bersama ibubapa yang memberi sokongan penuh atas minat membacanya

Adik Nur Erlina Sufia bersama ibubapa yang memberi sokongan penuh atas minat membacanya

Dengan minat membaca yang mendalam ini, adik Nur Erlina Sufia juga sudah memenangi projek Nilam di sekolahnya sebanyak dua kali. Beliau yang amat meminati novel karya Ain Maisara ini menyatakan rasa gembira dan bersyukur atas anugerah yang diperolehi.

Beliau menerima anugerah tersebut di Program Pameran Dunia Media yang diadakan di Mydin Mall Bukit Mertajam.

Tinggalkan komen anda