Skip to main content
HomeTerengganu

Dua Puluh Ribu Sertai Program `Terengganu Go Clean’ 2019

By 20 April 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Shuhaimi Ahmad (Kuala Nerus)

KUALA NERUS, 20 April (Malaysiaaktif) – Seramai 20,000 peserta menyertai program `Terengganu Go Clean (TGC) 2019 yang diadakan di seluruh kawasan pantai rekreasi negeri Terengganu hari ini.

Program TGC 2019 diadakan serentak membabitkan 26 kawasan pantai rekreasi bermula dari Kemaman hingga ke Besut termasuk kawasan rekreasi Kuala Berang Water Front di Hulu Terengganu.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin melancarkan program `Terengganu Go Clean 2019' di Pantai Teluk Ketapang, Kuala Nerus.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin melancarkan program `Terengganu Go Clean 2019′ di Pantai Teluk Ketapang, Kuala Nerus.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan `Terengganu Go Clean (TGC) 2019’ yang berlangsung di Pantai Teluk Ketapang, Kuala Nerus.

Baginda yang diringi anakanda, Tengku Muhammad Mua`az turut mencemar duli bersama peserta membersihkan kawasan sekitar pantai.

Peserta mengutip sampah sarap pada program `Terengganu Go Clean 2019' di Pantai Teluk Ketapang, Kuala Nerus.

Peserta mengutip sampah sarap pada program `Terengganu Go Clean 2019′ di Pantai Teluk Ketapang, Kuala Nerus.

Program TGC 2019 dianjurkan Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu disertai pelajar sekolah, pelajar institut pengajian tinggi awam, kakitangan kerajaan, ahli badan bukan kerajaan dan penduduk setempat.

TGC 2019 bertujuan memastikan persekitaran sekeliling dan keindahan tempat tempat pelancongan serta tumpuan awam berada dalam keadaan bersih dan bebas daripada sisa plastik dan sampah sarap selain memperkukuhkan kolaborasi antara pelbagai jabatan, agensi dan masyarakat dalam mewujudkan persekitaran yang bersih dan ceria.

Rosnah Surif

Rosnah Surif

Seorang peserta, Rosnah Surif, 52, berkata program seperti ini mampu memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan menjaga kebersihan terutama di kawasan tumpuan orang ramai dan pelancong.

“Saya tiba dari Pekan, Pahang untuk menyertai program pengakap di Kem Pengakap Tengku Muhamad Ismail, Teluk Ketapang dan sangat teruja dengan kehadiran Sultan Terengganu yang sanggup bersama rakyat jelata bergotong royong membersihkan kawasan pantai ini,” ujarnya.

Sementara itu, pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) di sini, Muhammad Solahuddin Sabri, 23, berkata penyertaan beliau pada TGC 2019 sangat bermakna kerana dapat menunaikan tanggungjawab sosial membersihkan kawasan pantai terutama di kawasan tumpuan pelancong.

Muhammad Solahuddin Sabri

Muhammad Solahuddin Sabri

“Program TGC 2019 mampu meningkatkan kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan penjagaan kebersihan persekitaran.

“Saya berharap program seperti ini kerap dianjurkan bagi memastikan kawasan persekitaran sentiasa bersih dan menarik,” ujarnya lagi.

EM

Tinggalkan komen anda