Skip to main content
HomeJohor

Kempen #Kluangmembaca Langkah Pupuk Masyarakat Minat Membaca

By 30 April 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Norsaedah Haron (Kluang)

KLUANG, 30 Apr (Malaysiaaktif) – Komuniti Harapan Malaysia (KHM) Parlimen Kluang hari ini mengorak langkah dalam menggalakkan masyarakat memupuk minat membaca menerusi pelancaran “Perpustakaan Mini Kopitiam” sempena kempen #KluangMembaca yang telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi baru-baru ini.

Pelancaran tersebut dilaksanakan bersempena dengan Majlis Pelancaran Kempen Galakan Membaca dan Melindungi Alam Sekitar Komuniti Harapan Malaysia Parlimen Kluang, bertempat di Hailam Toast Cafe Kluang.

Menurut Wong Shu Qi, melalui kepelbagaian bahan bacaan yang diperolehi, sudah pasti ianya mampu mencerna minda melalui pembacaan buku yang pelbagai, bukan sahaja membabitkan golongan seawal usia kanak-kanak, malahan golongan dewasa juga dilihat memperolehi manfaat melalui kempen galakan membaca.

Pelancaran Perpustakaan Mini Kopitiam sempena Majlis Pelancaran Kempen Galakan Membaca dan Melindungi Alam Sekitar Komuniti Harapan Malaysia Parlimen Kluang oleh Wong Shu Qi

Pelancaran Perpustakaan Mini Kopitiam sempena Majlis Pelancaran Kempen Galakan Membaca dan Melindungi Alam Sekitar Komuniti Harapan Malaysia Parlimen Kluang oleh Wong Shu Qi

Perpustakaan tersebut menerima  sumbangan lebih 500 buah buku terpakai pelbagai tajuk meliputi bahan bacaan berkaitan Sosio Sains, Biografi, Buku Cerita Kanak-Kanak dan sebagainya dan akan diteruskan dari semasa ke semasa.

Sumbangan buku terpakai tersebut juga mendatangkan manfaat dari segi perlindungan kepada alam sekitar apabila bahan bacaan tersebut digunapakai semula dan tidak dibuang di tempat pembuangan sampah.

“Ini merupakan satu inisiatif menggalakkan masyarakat membaca dan bertukar pandangan melalui pertukaran buku di rak kedai kopi.

Wong Shu Qi beramah mesra bersama seorang kanak-kanak yang hadir dalam pelancaran tersebut

Wong Shu Qi beramah mesra bersama seorang kanak-kanak yang hadir dalam pelancaran tersebut

“Bagi fasa pertama kempen ini, sebanyak 15 rak buku akan diletakkan di 15 buah kedai kopi yang terawal menyertai kempen dan dijangka akan mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan lebih banyak kedai kopi tidak lama lagi,” ujarnya.

Wong Shu Qi juga menjangkakan penyertaan akan mencecah sehingga 300 buah kedai kopi dan ini bermakna Kluang akan mempunyai 300 buah perpustakaan mini tidak lama lagi.

Antara bahan bacaan yang diletakkan di rak Perpustakaan Mini Kopitiam

Antara bahan bacaan yang diletakkan di rak Perpustakaan Mini Kopitiam

Beliau juga berharap dengan wujudnya perpustakaan mini di setiap kedai kopi, gaya hidup masyarakat yang terlalu obses dengan telefon bimbit semasa menantikan pesanan kopi dan roti mereka sampai akan berubah kepada membaca walaupun hanya beberapa muka surat sahaja.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Mahkota, Muhammad Said Jonit.

EM

Tinggalkan komen anda