Skip to main content
HomeLabuan

Labuan Menjadi Lokasi Pertandingan F1 Powerboat Antarabangsa

By 1 April 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
 Laporan/foto: Ramlen Salleh/Jeffrey Nian

LABUAN, 1 April (Malaysiaaktif) – Labuan bakal menjadi lokasi Pertandingan F1 Powerboat Antarabangsa dengan penganjuran program “Labuan AquaX Championship 2019” yang dijadulkan berlangsung pada Julai nanti.

Pengerusi Perbadanan Labuan (PL), Datuk Seri Amir Hussien berkata, program bertaraf antarabangsa itu dijangka akan membantu mempromosikan Wilayah Persekutuan Labuan di mata dunia dan secara tidak langsung akan membantu meningkatkan jumlah kehadiran pelancong ke pulau ini.

“Labuan yang dikelilingi laut amat sesuai untuk penganjuran acara sukan air termasuklah sukan ekstrem jet ski dan F1 powerboat.

“Setiap tahun Labuan akan menganjurkan acara Sukan Laut Antarabngsa Labuan pada penghujung bulan April dan penganjuran perlumbaan F1 Powerboat pada bulan Julai adalah kesinambungan kepada acara sukan laut tersebut,” katanya.

Amir (berdiri) menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara Perbadanan Labuan dan F1 Powerboat Asia Sdn Bhd

Amir (berdiri) menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara Perbadanan Labuan dan F1 Powerboat Asia Sdn Bhd

Tambah beliau lagi, penganjuran itu akan mendapat liputan meluas media dalam dan luar Negara dan akan dapat membantu mempromosikan industri pelancongan Pulau Labuan secara keseluruhanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Menandatangai Memorandum Persefahaman Antara Perbadanan Labuan dengan F1 Powerboat Asia Sdn. Bhd di Wisma Perbadanan Labuan baru baru ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif F1 Powerboat Asia Sdn Bhd, Wan Azrul Shahrizal Abd Azizi berkata F1 Powerboat akan melibatkan 38 pusingan perlumbaan di seluruh dunia dan tiga pusingan perlumbaan diadakan di Malaysia iaitu di Labuan, Putrajaya dan Pulau Langkawi.

“Perlumbaan ini akan melibatkan penyertaan dari dalam dan luar negara termasuk perlumba bertaraf dunia,” jelasnya.

Terdahulu majlis menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Perbadanan Labuan dan F1 Powerboat Asia Sdn Bhd  telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PL, Rithuan Mohd Ismail dan Wan Azrul sendiri dengan disaksikan oleh Amir.

EM

Tinggalkan komen anda