Skip to main content
HomeJohor

Pendermaan Organ Beri Sinar Baru Kepada Pesakit

By 7 April 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Syed Mohd Adib Syed Hassan/Khairul Hadi (Segamat)

SEGAMAT, 7 Apr (Malaysiaaktif) – Jawatankuasa penganjur, Pasukan Perolehan Tisu dan Organ (Tissue and Organ Procurement Team/TOP Team) Hospital Segamat dengan kerjasama Kelab Doktor Hospital dan Pejabat Kesihatan Daerah Segamat berjaya mengendalikan program derma organ “Be The Miracle Campain 2019” Peringkat Daerah Segamat baru-baru ini.

Ucapan perasmian oleh Pegawai Daerah Segamat, Abdul Rahman Salleh

Ucapan perasmian oleh Pegawai Daerah Segamat, Abdul Rahman Salleh

Menurut Pegawai Daerah Segamat, Abdul Rahman Salleh, melalui statistik yang diperolehi dari Pusat Sumber Transplan Nasional (PSTN), Hospital Kuala Lumpur, menunjukkan seramai 424,580 orang telah berikrar untuk menderma organ sejak kad pengikrar dilancarkan 20 tahun yang lalu, tetapi jumlah sebenar penderma di Malaysia masih rendah kerana sebahagian besar masyarakat masih takut dengan pendermaan organ.

“Negara telah melakukan 2,149 pemindahan organ membabitkan 665 penderma dengan kadar purata kira-kira 40 penderma setahun.

“Pada tahun 2018 sahaja, terdapat lima orang penderma dari negeri Johor yang berdaftar berjaya menderma organ dan salah satu penderma adalah dari daerah Segamat.

Gimik perasmian dilakukan oleh perasmi berbentuk Kad Pengikrar “ Saya Sudah Berikrar “

Gimik perasmian dilakukan oleh perasmi berbentuk Kad Pengikrar “Saya sudah berikrar“

“Sesunggunya untuk mengajak masyarakat mendaftar sebagai penderma organ bukanlah suatu tanggungjawab yang mudah namun perkara ini bukanlah sesuatu yang mustahil dilakukan dan salah satu cara adalah melalui kempen kesedaran pendermaan organ di media massa dan sebagainya,” ujar Abdul Rahman.

Menurut salah seorang peserta  iPledge Fun Run yang juga merupakan Pegawai Perubatan Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi, Siti Hairunnisaq Isa, 30, menyatakan bahawa sangat teruja menyertai Fun Run ini bersama-sama peserta lain.

Penyertaan dalam kempen kesedaran pendermaan organ penting untuk menarik perhatian lebih ramai lagi penduduk daerah Segamat mendaftar sebagai penderma organ pada masa akan datang.

Bagi Siti, pendermaan organ adalah sumbangan yang besar kerana boleh membantu menyelamatkan satu nyawa lain yang sangat memerlukannya.

Salah seorang peserta  iPledge Fun Run, Siti Hairunnisaq Isa

Salah seorang peserta iPledge Fun Run, Siti Hairunnisaq Isa

“Saya juga menyeru kepada semua pihak agar terus memainkan peranan aktif untuk kita sama-sama membantu meningkatkan tahap kesedaran masyarakat tentang pendermaan organ.

“Semoga dengan penglibatan yang murni ini sedikit sebanyak dapat membantu dan memberikan sinar harapan kepada mereka yang memerlukan meneruskan kehidupan,” ujar Siti semasa ditemui di U Sentral Segamat setelah tamat larian.

Turut hadir,  ADUN Jementah, Tan Chen Choon; Pengarah Hospital Segamat, Dr Mohtar Ahmad; Ketua Polis Daerah, Supt. Raub Selamat dan Pegawai Kesihatan Daerah, Dr. Zaid Kassim.

EM

Tinggalkan komen anda