Skip to main content
Berita TempatanHomePulau Pinang

Wanita Diseru Melibatkan Diri Dalam Institusi Masyarakat

By 2 April 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Abd.Aziz Osman (Seberang Perai Tengah)

JURU, 2 Apr (Malaysiaaktif) – Kejayaan wanita telah banyak dalam pelbagai bidang kerjaya sudah tidak dapat dinafikan lagi dizaman ini bermula dari sektor perniagaan,sektor pekerjaan swasta dan tidak kurang juga ramai yang telah menjawat jawatan tinggi dalam pentadbiran kerajaan. Begitulah penghargaan yang telah diberikan kepada wanita di negara ini.

Menurut Exco Pembanggunan Wanita Dan Keluarga Keterangkuman Gender Dan Agama Selain Islam Negeri Pulau Pinang Puan Chong Eng, keterlibatan wanita dalam bidang politik juga tidak kurang penting supaya tidak berlaku keadaan dimana satu jenis gender sahaja mendominasi dalam membuat keputusan.

Exco Jawatankuasa Pembanggunan Wanita Dan Keterangkuman Gender Dan Agama Selain Islam Negeri Pulau Pinang Puan Chong Eng Menyampaikan Sijil Penghargaan Kepada Peserta Program

Exco Jawatankuasa Pembanggunan Wanita Dan Keterangkuman Gender Dan Agama Selain Islam Negeri Pulau Pinang Puan Chong Eng Menyampaikan Sijil Penghargaan Kepada Peserta Program

Beliau mengajak kaum wanita supaya diluar sana turut menceburi dalam arena politik sekiranya berkelayakan atau setidaknya-tidaknya mengambil tempat dalam pertubuhan Jawatankuasa Pembanggunan Wanita Dan Keluarga (JPWK),Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau lain-lain pertubuhan yang seumpamanya bagi tujuan keseimbangan dalam pelaksanaan sesuatu dasar.Katanya lagi” setiap pertubuhan MPKK yang ditubuhkan telah mewajibkan sekurang-kurangnya terdapat 30 peratus ahlijawatankuasa dari kaum wanita.

Beliau bercakap ketika hadir ke program Sambutan Hari Wanita Sedunia 2019 anjuran Pejabat Ahli Parlimen Batu Kawan di Dataran Autocity juru baru-baru ini. Ujarnya,  “tujuan sambutan Hari Wanita Sedunia disambut adalah bertujuan untuk memperingati kaum wanita supaya dapat turut serta memainkan peranan memajukan negara disamping dapat menyampaikan pendapat sebagai seorang wanita”. Kerajaan telah membuka peluang, terpulanglah kepada wanita untuk tampil mengambil tempat, katanya lagi.

Chow, ketika acara Gimik Perasmian Sambutan Hari Wanita Sedunia Parlimen Batu Kawan

Chow, ketika acara Gimik Perasmian Sambutan Hari Wanita Sedunia Parlimen Batu Kawan

Program dirasmikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang,Tuan Chow Kon Yeow.Turut sama ialah Puan Kasthuriraani selaku tuan rumah serta beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.Antara pengisian program hari ini ialah persembahan nyanyian,Zumba dan Walkathon.

Tinggalkan komen anda