Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

BSMM dan ICRC Gigih Jalankan Kerja Kemanusiaan

By 17 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Fauzrina Bulka/Azman Jumat (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 17 Mei (Malaysiaaktif) – Pembantu Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Norazlinah Arif berkata Bulan Sabit Merah Malaysia dan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) bekerja keras dan berusaha gigih dengan komitmen penuh bagi menjalankan kerja-kerja kemanusiaan dan bantuan kepada masyarakat.

“Saya yakin BSMM dan ICRC mampu untuk membantu kerajaan dalam memenuhi keperluan masyarakat di Negeri Sabah bagi tahun-tahun yang akan datang, InsyaAllah, saya berharap usaha dan peningkatan strategi untuk BSMM dan ICRC akan menjadikan kalian berdiri teguh menjadi satu badan yang hebat dan disegani.

Tetamu kehormat ketika bacaan doa.

Tetamu kehormat ketika bacaan doa.

“Saya begitu gembira melihat kerjasama erat di antara BSMM dan ICRC melalui Program Pertolongan Cemas Harmonisasi dan Promosi Kesihatan dan Kebersihan Asas di kawasan kampung dan pedalaman Negeri Sabah.

“Pada tahun ini saya difahamkan BSMM dan ICRC telah melawat ke Daerah Pitas, Ranau, Lahad Datu dan Tuaran untuk menjayakan Kem Kesihatan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah bagi memenuhi keperluan penduduk di kawasan pedalaman khususnya.

“Oleh itu, saya berharap kesungguhan dan kemahuan untuk berkhidmat kepada masyarakat dalam jiwa kita tidak akan pernah padam, sebaliknya terus menyala dan panasnya sehingga ke hujung perjalanan sebagaimana bertahannya BSMM dan ICRC di negeri ini kerana walau ‘apa’ dan ‘siapa’ sekalipun kumpulan sasaran, yang jelas usaha murni kita telah mendukung satu hasrat iaitu ‘Berkhidmat Kepada Masyarakat’,” kata Norazlinah.

Norazlinah(dua dari kiri) mengambil juadah berbuka ditemani Asnan(tiga dari kiri)

Norazlinah (dua dari kiri) mengambil juadah berbuka ditemani Asnan (tiga dari kiri)

Beliau berkata demikian pada Majlis Berbuka Puasa BSMM dan ICRC pada Rabu.

Hadir sama, Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr. Christina Rundi, Pengerusi BSMM Sabah, Asnan Yunus Chung; Ketua Delegasi ICRC Kuala Lumpur, Biljana Milosevic dan Sub Delegasi ICRC Kuala Lumpur, Dominik Urban.

EM

Tinggalkan komen anda