Skip to main content
HomeLabuan

Malaysia Airport Budayakan Aspek Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja

By 1 Mei 2019Tiada komen1 minit bacaan
Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian

LABUAN, 1 Mei (Malaysiaaktif) – Malaysia Airport menjayakan pelbagai inisiatif dalam membudayakan sikap serta aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

Menurut Pengurus Lapangan Terbang Labuan, Amat Madin, tahun ini pihak Malaysia Airport Sdn Bhd (MASB) Labuan meneruskan dan menyokong pelaksanaan kempen-kempen kesedaran mengenai keselamatan dan kesihatan di tempat kerja melalui Program Occupational Safety & Health Day (OSH Day 2019).

Amat (paling kiri) selepas menyempurnakan gimik perasmian OSH Day 2019

Amat (paling kiri) selepas menyempurnakan gimik perasmian OSH Day 2019

“Antara aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan seperti Kempen Derma Darah dari Hospital Labuan, pameran-pameran agensi keselamatan dan kesihatan pekerja dan juga persekitaran serta pengagihan topi keledar dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

“Diharapkan dengan adanya program-program ini akan dapat membantu mengurangkan kadar kemalangan dan kesihatan pekerjaan dalam kalangan warga kerja Lapangan Terbang Labuan.

Salah seorang tetamu jemputan turut menyarungkan topi keledar kepada kakitangan Lapangan Terbang Labuan

Salah seorang tetamu jemputan turut menyarungkan topi keledar kepada kakitangan Lapangan Terbang Labuan

“Saya juga ingin menyeru kepada semua warga kerja Lapangan Terbang Labuan agar mengamalkan dan menitikberatkan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja,” katanya semasa merasmikan Program Occupational Safety & Health Day (OSH Day 2019), di Lapangan Terbang Labuan, semalam.

Hadir sama Ketua Polis Labuan, Supt. Mohd Farid Ahmad, Ketua Unit Keselamatan kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan, Mohd Rashidi Awg Jaman dan Pengurus PERKESO Labuan, Soripin Ripol.

EM

Tinggalkan komen anda