Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Peningkatan Kesedaran Perlu Untuk Derma Darah Secara Tetap

By 1 Mei 2019Tiada komen3 minit bacaan
Laporan/foto: Fauzrina Bulka/Azman Jumat (Kota Kinabalu)

PENAMPANG, 1 Mei (Malaysiaaktif) – Peningkatan kesedaran diperlukan untuk menderma darah secara tetap untuk memastikan semua individu dan masyarakat mempunyai akses kepada bekalan dan produk darah yang dijamin selamat dan berkualiti.

Pembantu Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Norazlinah Arif berkata tabiat menderma darah bukan sahaja perlu sebagai satu amalan, malah aktiviti ini juga dilihat sebagai satu ibadah.

Norazlinah(lima dari kiri) bersama tetamu kehormat sejurus selepas menyempurnakan gimik perasmian.

Norazlinah (lima dari kiri) bersama tetamu kehormat sejurus selepas menyempurnakan gimik perasmian.

“Ramai di antara kita yang menyedari bahawa masyarakat, khasnya di negara ini, secara keseluruhannya masih sukar untuk mewujudkan satu sikap yang benar-benar positif untuk menderma darah.

“Walaupun ramai yang sedar bahawa darah amatlah penting bagi kehidupan setiap orang namun apabila pusat-pusat perubatan dan para doktor berkempen memerlukan darah, sambutannya kadangkala mengecewakan,”kata Norazlinah.

Norazlinah menyampaikan sijil penghargaan kepada Ceaser Mandela.

Norazlinah menyampaikan sijil penghargaan kepada Ceaser Mandela.

Tambahnya, pada masa dahulu, sikap masyarakat amatlah negatif dengan memberi alasan untuk mengelak daripada menderma darah sekalipun kepada keluarga sendiri.

“Misalnya alasan agama, alasan takut kesihatan terganggu dan alasan tidak boleh menderma kepada orang lain selain sesama agama dan keturunan dan bermacam alasan lagi.

Norazlinah berbual mesra bersama penderma darah.

Norazlinah berbual mesra bersama penderma darah.

“Seharusnya rakan menderma kepada rakan yang lain tanpa mengira keturunan, tidak mengira bulan puasa atau alasan lainnya.

“Mengorbankan setitik darah untuk kebaikan adalah satu amalan yang murni, apatah lagi sekiranya sebotol darah dikehendaki,” ujarnya.

Asnan(kanan) bersama-sama Norazlinah ketika meninjau ke sekitar program.

Asnan (kanan) bersama-sama Norazlinah ketika meninjau ke sekitar program.

Norazlinah juga berharap agar kempen tersebut diteladani oleh lebih banyak organisasi yang lain kerana sebagai perasmi, beliau juga turut teruja dan bersemangat dengan inisiatif ini.

Sehubungan itu, beliau turut menyeru kepada semua individu yang sihat supaya tampil untuk menderma darah sama ada melalui persatuan-persatuan yang menganjurkan program seperti ini atau datang sendiri ke Tabung Darah Hospital yang berdekatan.

Suasana sekitar Kempen Derma Darah di ITCC Shopping Mall.

Suasana sekitar Kempen Derma Darah di ITCC Shopping Mall.

Beliau ditemui pada Majlis Kempen Derma Darah Peringkat Negeri Sabah sempena Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Sedunia 2019 anjuran Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Negeri Sabah yang dijalankan di ITCC Shopping Mall, hari ini.

Terdahulu, Pengerusi BSMM Negeri Sabah, Asnan Yunus Chung berkata program menderma darah ini adalah satu inisiatif murni bertujuan untuk memberikan peluang kepada masyarakat untuk memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

Salah seorang petugas menunjukkan buku sijil yang perlu dibawa oleh para penderma.

Salah seorang petugas menunjukkan buku sijil yang perlu dibawa oleh para penderma.

“Dengan menyertai program menderma darah seperti ini, tanpa kita sedari kita telah menyelamatkan satu nyawa dan memberi kehidupan baru kepada mereka yang memerlukan.

“Sehubungan itu, penganjuran program pada kali ini adalah sangat penting untuk mendapatkan bekalan darah dalam jumlah yang mencukupi untuk membantu Unit Tabung Darah.

Norazlinah merakamkan kenangan bersama pegawai dan ahli-ahli BSMM.

Norazlinah merakamkan kenangan bersama pegawai dan ahli-ahli BSMM.

“Hal ini adalah disebabkan bekalan darah dijangka akan berkurangan pada Bulan Ramadhan yang akan menjelang tiba, diikuti dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri, cuti umum yang panjang dan cuti sekolah.

“Apa yang pasti Unit Tabung Darah memerlukan masa dua hingga tiga minggu untuk stok darah mereka kembali ke paras selamat setelah berkurangan pada Bulan Ramadhan dan awal bulan Syawal.

Norazlinah(hadapan, tengah) bersama tetamu kehormat merakamkan kenangan bersama Petugas RELA yang sentiasa memberikan sokongan dalam Kempen Derma Darah.

Norazlinah (hadapan, tengah) bersama tetamu kehormat merakamkan kenangan bersama Petugas RELA yang sentiasa memberikan sokongan dalam Kempen Derma Darah.

“Adalah diharapkan program ini akan mencapai sasaran yang telah ditetapkan hasil daripada kerjasama daripada semua pihak,” jelasnya.

Hadir sama, Pengerusi BSMM Daerah Penampang, Datin Seri Panglima Celestina K Jinu; Penasihat Undang-undang BSMM, George Ngui; Pengarah BSMM Sabah, Simon Chin; Pengerusi Program, Jismil Yaakob; Pengerusi Penganjur, Leslie Chan Boon Siang; Setiausaha Eksekutif Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah, Joanne Lee dan Pengurus Besar ITCC Shopping Mall, Ceaser Mandela Malakun.

EM

Tinggalkan komen anda