Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

TYT Terima 16 Kek Sempena Hari Raya Aidilfitri

By 29 Mei 2019Tiada komen3 minit bacaan

Laporan/foto: Zuraidah Ahmad (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 29 Mei (Malaysiaaktif) – Setiap kali menjelangnya Aidilfitri, kebanyakan hotel pasti menghasilkan kek bertemakan sambutan hari raya untuk dipersembahkan kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah R.M Jasni.

Berbeza dengan 14 hotel yang lain, pada tahun ini, Markas Pemerintahan Armada Timur dan Hyatt Regency Kinabalu memilih konsep patriotik dan wira, di sebalik sambutan perayaan terbesar umat Islam.

Toh Puan Norlidah mengatakan sesuatu mengenai kek kepada Tun Juhar (tengah) sambil diperhatikan warga Hyatt Regency Kota Kinabalu

Toh Puan Norlidah mengatakan sesuatu mengenai kek kepada Tun Juhar (tengah) sambil diperhatikan warga Hyatt Regency Kota Kinabalu

Menurut Panglima Armada Timur Laksmana Madya Datuk Abdul Rahman Ayob, tema “Aidilfitri Samudera Raya” merupakan hasil kerja dan kepakaran empat anggotanya, Bentara Muda (BM) Bandari (BDi) Hisyam Yatim Mustafa, BM BDi Saiful Ridzuan Daud, Laskar Kanan (LK) BDi Khaerul Othman dan LK BDi Ahmad Ridzuan Che Othman yang menghasilkan kek mentega pandan seberat 7 kilogram (kg) dalam tempoh tiga hari.

Bagi Hyatt Regency Kinabalu pula, tema yang dipilih ialah ‘perajurit’ menerusi kek coklat dan pandan kurma seberat 180 kg membentuk sebuah kenderaan, Jeep dan tiga sekeluarga meraikan kepulangan si ayah menjelang Aidilfitri.

Pritchard (tengah) menerangkan mengenai kek ciptaanya mewakili Sutera Harbour kepada Tun Juhar (dua dari kiri).

Pritchard (tengah) menerangkan mengenai kek ciptaanya mewakili Sutera Harbour kepada Tun Juhar (dua dari kiri).

Pada majlis itu, antara kek yang mencuri tumpuan Tun Juhar ialah kek coklat yang membentuk replika, satu-satunya keretapi antik yang masih beroperasi di Sabah dengan tema ‘Balik Kampung’.

Chef pastri, Pritchard Ligadu @ Leo yang ditemani Pengurus Besarnya, Thor Gervasi menjelaskan, kek seberat 50 kg itu mengambil masa seminggu untuk disiapkan menggunakan resepi tersendiri dengan memperkenalkan gula kapas sebagai tambahan dan dekorasi di atas kek tersebut.

Tun Juhar (lima dari kanan) bergambar bersama kek Rebana Ubi cetusan idea chef yang mempunyai 26 tahun pengalaman dalam bidang pastri, Idris Hijau (empat dari kiri).

Tun Juhar (lima dari kanan) bergambar bersama kek Rebana Ubi cetusan idea chef yang mempunyai 26 tahun pengalaman dalam bidang pastri, Idris Hijau (empat dari kiri).

Turut mempersembahkan kek sempena Hari Raya Aidilfitri di Istana Negeri, pada Selasa, ialah Ming Garden Hotel and Residence menerusi kek pandan nenas 6 kg yang dihiasi roti membentuk bakul berisi tart telur dan dimsum oleh lapan chef diketuai Salfean Salleh dan Jacson Watis.

Juga menarik perhatian, dekorasi kek coklat mentega dengan walnut seberat 25 kg yang disiapkan selama dua minggu oleh tiga chef iaitu M. Naim Artie, Noraziela Saradin dan Makilin Masimbo. Mereka merupakan chef yang diberi kepercayaan oleh Pengurus Besar The Klagan Regency, Yeow Hock Siew.

Pengalaman kali pertama mempersembahkan kreativiti kek di Istana Negeri di sini, dikongsi dua hotel iaitu Pan Borneo Hotel Kota Kinabalu dan Marriott Hotel yang masing-masing mempamerkan kek mentega dengan strawberi dan kek cawan kurma seberat 40 kg dan kek chocolate brownies membentuk rebana ubi seberat 60 kg.

Tun Juhar (tengah) memerhatikan dekorasi kek yang dipersembahkan oleh Rasa Ria Resort and Spa.

Tun Juhar (tengah) memerhatikan dekorasi kek yang dipersembahkan oleh Rasa Ria Resort and Spa.

Tun Juhar dalam ucapannya merakamkan penghargaan serta terima kasih dan semua kek berkenaan akan diagihkan kepada rumah-rumah anak yatim serta badan kebajikan di sekitar Kota Kinabalu.

Sementara itu, dalam majlis berasingan, Tun Juhar dan Toh Puan Norlidah turut menyampaikan sumbangan kad dan kuih raya kepada warga kerja Istana Negeri serta jabatan yang terlibat.

-EM

Tinggalkan komen anda