Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Chow Terima Kunjungan Hormat Pengarah Penerangan Pulau Pinang

By 27 Jun 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto : Izzuddin Barahim/ Shamsul Bahari Abdul Shukor

GEORGE TOWN, 27 Jun – Kunjungan mesra bersama YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan, Pengankutan dan Komunikasi telah diadakan oleh Jabatan Penerangan ngeri Pulau Pinang di Pejabat Ketua Menteri, KOMTAR

Perjumpaan itu diketuai oleh En. Naim Fahmi Ahmad Tajuddin, selaku Pengarah dan turut hadir bersama Pegawai-pegawai Jabatan Penerangan Negeri Pulau Pinang.

Kunjungan ini bertujuan merapatkan hubungan baik yang telah sedia ada serta memperkukuhkan hubungan komunikasi.

Ketua Menteri bersama Pengarah dan Pegawai Jabatan Penerangan Pulau Pinang

Ketua Menteri bersama Pengarah dan Pegawai Jabatan Penerangan Pulau Pinang

Selain itu, peluang ini juga diambil bagi menjelaskan fungsi Jabatan Penerangan, dasar-dasar serta wawasan negara dalam penyediaan bahan-bahan maklumat  berbentuk visual, meluaskan jaringan komunikasi dalam mengurus maklumat strategik dan menyediakan perkhidmatan perundingan perhubungan antara jabatan dan agensi.

Selain itu, turut memberi input berkaitan Komuniti Harapan Malaysia, Kelab Malaysiaku, Keahlian JaPen dalam pengurusan isu, media, juruacara dan bencana, Media Sosial, Audio visual dan lain-lain lagi di peringat negeri, daerah serta komuniti

Ketua Menteri menerima baik lawatan ini dan akan terus bekerjsama mengikut keperluan semasa.

Justeru beliau berharap hubungan dua hala JaPen dan Kerajaan Negeri sentiasa konsisten dan ditingkatkan dari semasa ke semasa.

Tinggalkan komen anda