Laporan/foto: Mohd Faizal Mat Akhir (Seberang Perai Selatan)
SUNGAI BAKAP, 27 Jun (Malaysiaaktif) – Kehadiran kira-kira 1,000 orang tetamu daripada pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira fahaman politik pada majlis Jamuan Aidilfitri Peringkat Adun Sungai Bakap baru-baru ini memperlihatkan keindahan ajaran Islam yang menganjurkan agar umatnya mengeratkan serta mengukuhkan ukhwah dan silaturahim.
Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dato’ Ir. Hj. Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, dia gembira dengan sambutan yang diberikan oleh rakyat pelbagai lapisan masyarakat termasuk kehadiran kaum Cina dan India yang mengunjungi majlis tersebut di Dewan MPKK Sungai Duri.
“Islam adalah agama yang mengutamakan persaudaraan tanpa membezakan kedudukan, warna kulit, bangsa atau keturunan. Setiap orang mempunyai tanggungjawab untuk mengeratkan hubungan silaturahim,” katanya ketika berucap dalam majlis berkenaan.
Dalam pada itu, Adun Sungai Bakap selaku tuan rumah majlis ini, rakyat Malaysia patut bersyukur kerana dapat berkumpul menyambut hari raya bersama keluarga dan rakan dalam suasana aman.
Sehubungan itu, katanya, keamanan dan kemakmuran yang dinikmati di negara ini perlu dijaga sebaik mungkin.
Majlis yang dianjurkan bersama Pengerusi-pengerusi MPKK kawasan Sungai Bakap itu turut dihadiri pemimpin masyarakat setempat dan ketua-ketua jabatan Daerah Seberang Perai Selatan
Antara pemimpin yang hadir ialah Ahli Parlimen Nibong Tebal Dato’ Mansor Haji Othman dan Adun Sungai Bakap Dr. Amar Pritpal Abdullah.