Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

30 Penyertaan Bagi Tugu Budaya Etnik Sabah

By 9 Julai 2019Julai 11th, 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Jeanne J. Som/Jeffren Malaning (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 9 Jul (Malaysiaaktif) – Sebanyak 30 penyertaan berkumpulan akan berentap dalam Pertandingan Tugu Budaya Etnik Sabah Ke-10 “International Youth Folk Dance Festival 2019” yang bakal berlangsung di Pusat Kebudayaan Sabah, Penampang bermula 10 hingga 12 Julai ini.

Antara negeri yang mengambil bahagian adalah Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur dan Terengganu manakala enam negara luar iaitu Uzbekistan, Thailand, Sri Lanka, India, Filipina dan Indonesia juga turut menyertai pertandingan ini.

Pembantu Menteri Kebudayaan dan Alam Sekitar Assaffal P. Alian, berkata penganjuran program ini secara langsung meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab untuk memelihara serta memperkembangkan warisan budaya bangsa.

Assaffal Alian (dua dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada wakil kumpulan tari Anak Seni Asia, Lyana Azmi Othman Merican (dua dari kanan).

Assaffal Alian (dua dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada wakil kumpulan tari Anak Seni Asia, Lyana Azmi Othman Merican (dua dari kanan).

“Pertandingan yang diadakan ini bukanlah untuk mencari pemenang semata-mata, tetapi melakukan yang terbaik sekali dalam setiap persembahan yang dilakukan.

“Ini memberikan peluang kepada murid-murid agar dapat mengasah dan menonjolkan bakat dalam bidang seni tarian dan seterusnya bersaing di peringkat antarabangsa,” katanya dalam Majlis Sambut Tamu di perkarangan Oceanus Waterfront Mall, di sini semalam.

Dalam pada itu, beliau berharap agar penganjuran program seumpama ini akan menjadi kejayaan bersama selain peserta mendapat faedah dan manfaat sepenuhnya.
Pasukan negara diwakili oleh empat kumpulan termasuk Universiti Malaysia Sabah (UMS), Tagaps Dance Theatre, Anak Seni Asia dan FiTA Dance Theatre.

Hadir sama, Pengerusi Lembaga Kemajuan Negeri Sabah (LKNS), Ismaily Bungsu, Lembaga Pengarah KLNS, Chrisnadia Sinam dan Pengurus Besar LKNS, Mansur Asun.

-SH

Tinggalkan komen anda