Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Sambutan Raya Imbau Kenangan Speaker Melaka

By 2 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Muhaimin Amran/ Noraidah Mat Seh (Jasin)

JASIN, 2 Jul (Malaysiaaktif) – Sebagai anak jati Kampung Kesang Jasin, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka telah mengadakan Majlis Kesyukuran dan Sambutan Aidilfitri bertempat di Masjid As-Salam Kesang Tua di kampung kelahirannya.

Penganjuran majlis kesyukuran ini bertujuan merapatkan kembali hubungan antara masyarakat dan rakyat dalam kawasan DUN di Melaka sejak diberi tanggungjawab memegang jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka.

Yang Dipertua Negeri Melaka hadir memeriahkan Majlis Kesyukuran dan Sambutan Aidilfitri di Masjid As-Salam Kesang Tua.

Yang Dipertua Negeri Melaka hadir memeriahkan Majlis Kesyukuran dan Sambutan Aidilfitri di Masjid As-Salam Kesang Tua.

Omar Jaafar dalam ucapannya berkata, sambutan majlis kesyukuran seperti ini adalah yang pertama kali diadakan dan akan diteruskan kerana dapat merapatkan hubungan serta kerjasama antara agensi kerajaan selain dapat menggamit memori antara penduduk tempat kelahirannya sendiri.

Program ini yang berjaya menarik lebih 1,000 orang membuktikan bahawa masyarakat masih meneruskan budaya ziarah menziarahi, meluangkan masa meraikan sambutan Aidilfitri dengan mengekalkan keharmonian kaum dan perpaduan di negara kita.

Amirul Hakim Omar, 20 , ahli kumpulan Nazam Khalifah Ummah yang turut diberi kesempatan mengadakan persembahan di majlis ini berkata, peluang untuk kumpulannya ‘bernazam’ telah menaikkan semula nilai yang semakin terhakis dikalangan masyarakat kini dan jemputan sebegini perlu dimanfaatkan sebaiknya supaya dapat menaikkan semula budaya yang amat popular pada masa dahulu.

Program turut diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr. Mohd Khalil Yaakob, Datuk Wong Fort Pin Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bemban, Barisan Kepimpinan Parlimen Jasin.

-KN

Tinggalkan komen anda