Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Jamuah Teh TYT Yang Di Pertua Negeri Meriah

By 20 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/Foto: Mohd Zahari Zakaria (Seberang Perai Tengah)

SEBERANG JAYA, 20 Jul (Malaysiaktif) – Saban tahun bila tibanya hari ulangtahun Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang, acara jamuan teh diadakan sebagai sambutan yang dijalankan di setiap daerah di negeri ini. Pada tahun ini gabungan 3 daerah di Seberang Perai iaitu Selatan, Tengah dan Utara menjadikan majlis ini cukup meriah.

Majlis Jamuan Teh TYT Yang Di Pertua Negeri Peringkat Seberang Perai telah diadakan di Dewan SP Arena Seberang Jaya. Hampir 1500 orang jemputan yang terdiri daripada pembesar-pembesar negeri, pegawai kerajaan, kedutaan dan jemputan telah hadir memeriahkan majlis.

Pelbagai persembahan disajikan sepanjang acara ini berlangsung antaranya persembahan artis jemputan iaitu Ayai Ilusi, Endang Hydar Violin, artis tempatan, live-band dan pelajar sekolah SJK(C) Perempuan Pulau Pinang.

Rafizi Rashid, kakitangan awam berkata program yang diadakan ini amat baik sekali kerana rakyat dapat bertemu dan beramah mesra dengan pemimpin dan pembesar negeri. Nur Fatihah Ghazali yang juga ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung turut berkata, “Ini adalah kali pertama saya datang ke program yang dihadiri oleh tetamu utama negeri dan berasa amat teruja kerana dapat melihat Tuan Yang Terutama Tun dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan secara dekat.”

Acara memotong kek hari ulangtahun oleh TYT Tun dan Toh Puan

Acara memotong kek hari ulangtahun oleh TYT Tun dan Toh Puan

Majlis sambutan ini juga diserikan lagi dengan acara memotong kek hari ulangtahun dan pemberian cenderamata oleh ketiga-tiga pegawai daerah Seberang Perai.

Turut hadir pada majlis ini adalah Ir.Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman, Timbalan Ketua Menteri 1 mewakili Ketua Menteri Pulau Pinang, Speaker Dewan Undangan Negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri dan pegawai-pegawai daerah.

-II-

Tinggalkan komen anda