
Laporan/foto: Mohd Baharruddin MohamadĀ (Sarawak)
KOTA SAMARAHAN, 21 JulaiĀ (Malaysiaaktif)Ā āĀ LebihĀ 1000 orangĀ menghadiriĀ Program Perpaduan Demi Negara terdiri daripada penduduk kawasan Rukun Tetangga, Persatuan Penduduk danĀ bandan bukan kerajaan (NGO) diĀ negeriĀ ini yang berlangsung di Dewan Suarah disini, pagi tadi.
Program anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri SarawakĀ dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial) Senator Waytha Moorthy Ponnusamy, dalam ucapan perasmian Waytha berkata, Program Perpaduan demi negara melibatkan rukun tetangga bersama persatuan penduduk dan ngo tahun 2019 bertujuan untuk menyediakan platform interaksi antara rukun tetangga, persatuan penduduk danĀ NGO untuk meningkatkan hubungan kerjasama dalam melaksanakan aktiviti kejiranan demi kesejahteraan rakyat.
Antara lain objektik Program untuk menyediakan platform interaksi antara Rukun Tetangga dan Persatuan Penduduk/NGO demi untuk meningkatkan hubungan kerjasama dalam melaksanakan aktiviti kejiranan demi kesejahteraan rakyat.
Di samping itu, mengangkat nilai kebenaran dan persefahaman dalam komuniti untuk membentuk masyarakat yang harmoni dan bersatu padu dan membina kesedaran tentang tanggungjawab bersama secara bersepadu dalam mengurus isu setempat.
āKerajaan berusaha untuk menambah baik agenda pembangunan negara berasaskan prinsip pertumbuhan dengan ekuiti ke arah mencapai status negara maju dan inklusif selaras dengan aspirasi wawasan 2020.
āManakala pembangunan dari aspek kuasa beli rakyat harus dinikmati oleh semua rakyat termasuk masyarakat yang terdapat di sarawak seperti orang iban, orang melayu, orang ulu, bidayuh, melanau, kayan, kenyah, lun bawang dan sebagainya.
āIni bermakna tidak wujud jurang pendapatan yang luas antara kaya dan miskin dan antara kaum dan suku kaumā,kata beliau lagi.
āBesar harapan saya melalui perhimpunan pada hari ini kita semua mengambil tanggungjawap untuk sama-sama membawa agenda perpaduan dan kesejahteraan sosial, untuk melihat rukun tetangga, persatuan penduduk dan ngo menjalin hubungan kerjasama yang erat bagi manfaat komuniti setempat. sehingga kini.ā

Tetamu yang hadiri program tersebut, terdiri daripada penduduk kawasan Rukun Tetangga, Persatuan Penduduk Dan NGO Negeri Sarawak.
Di samping itu, ādemi untuk menjulang nilai kebersamaan dan persefahaman dalam komuniti untuk membentuk masyarakat yang harmoni dan bersatupadu dan membina kesedaran mengenai tanggungjawab bersama secara bersepadu dalam mengurus isu setempat melalui pelaksanaan aktiviti kejiranan untuk perpaduan dan kesejahteraan komuniti.
Turut hadir Datuk Baharin Idris , Ketua Pengarah ,Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional,Norizan Jili, Timbalan Setiausaha Persekutuan Sarawak, Dirwana Haji Azool, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sarawak, Prof. Datoā Dr Teo Kok Seong, Institut Kajian Ethnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia.