Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Selangor Fokus Capai Negeri Pintar Serantau 2025

By 25 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan / Foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

KUALA LUMPUR, 25 Jul (Malaysiaaktif) – Kerajaan Selangor sedang beberapa bidang utama dalam hasrat mencapai taraf Negeri Pintar Serantau menjelang tahun 2025.

Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri memfokuskan bidang aeroangkasa, elektrik dan elektronik, pengangkutan, makanan dan minuman (F&B) yang menjadi nadi ekonomi di Selangor.

“Ianya gabungan teknologi bersama inisiatif terbaru seperti bandar pintar yang juga diaplikasikan di seluruh dunia terutama di bandar-bandar besar untuk bersaing di peringkat serantau.

Bidang tersebut adalah sejajar pembangunan semasa dan menjadi ikutan negara-negara di dunia hari ini.

“Ini trend dunia dan pembangunan terkini di bandar besar dunia. (Sekiranya) Kita pergi mana-mana pun di Amsterdam, Singapura atau Jakarta, negeri pintar adalah topik yang dibincangkan,” katanya.

Menurut Amirudin, Selangor telah mencapai status negeri maju sejak 2005 namun ia tidak cukup untuk bersaing di dengan bandar-bandar besar lain.

“Elemen tambahan yang perlu dimasukkan dalam mewujudkan negeri pintar seperti Bandar-bandar yang terurus secara pintar, diikuti dengan mengukuhkan sektor perindustrian serta ekonomi.

“Oleh itu sektor aeroangkasa menjadi salah satu bidang yang diberikan tumpuan di Selangor,” katanya semasa sidang media selepas merasmikan program The Selangor, Regional Powerhouse Forum di Hotel Hilton, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata, Selangor juga telah mempunyai asas kukuh dalam bidang aeroangkasa berbanding negeri-negeri lain.

“Kita mempunyai 200 syarikat yang menyumbang besar dalam bidang aeroangkasa dunia termasuk pemusatan Sepang, Subang dan Serendah (3S) yang menguasai 62 peratus industri tersebut di Malaysia.

“Di samping Kemudahan infrastruktur dan industri perkhidmatan menjadi salah satu teras ekonomi di Malaysia seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang tersenarai di kedudukan 12 paling rancak di Asia,” katanya.

-NAZ

Tinggalkan komen anda