Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePutrajaya

KMJG19: Laluan Jeli – Gerik Uji Kecekapan Penunggang dan Pemandu

By 16 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto : Edi Rizam / Nizam Zanil (Putrajaya)

GERIK, 16 Ogos (Malaysiaaktif) – Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2019 (KMJG19) masuk hari ke – 8 hari ini menempuh antara laluan paling sukar dalam siri jelajah tahun ini. Laluan sejauh 176 Kilometer daripada Mukim Bukit Bunga Jeli, Kelantan menuju ke Kolej Teknologi Tinggi Mara, Lenggong menuntut kecekapan penunggag motosikal berkuasa tinggi dan  pemandu pacuaan empat roda yang menyertai konvoi KMJG19 kali ini.

Laluan yang menghubungkan pantai barat dan pantai timur Semenanjung Malaysia ini menyediakan laluan jalan dua lorong tidak asing lagi bagi penduduk Pantai Timur.

Faktor muka bumi menjadikan laluan Jeli - Gerik mencabar

Faktor muka bumi menjadikan laluan Jeli – Gerik mencabar ditambah dengan selekoh-selekoh tajam

Kecekapan pemandu dan penunggang teruji tatkala meningalkan lokasi persingahan terakhir buat Negeri Kelantan untuk menuju ke Gerik.

Faktor muka bumi dan keadaan jalan yang kurang baik memerlukan konsentrasi yang tinggi setiap penunggang dan pemandu terutamanya ketika menuruni bukit dengan selekoh tajam.

Pemandu juga terpaksa menempuh laluan mendaki sehingga ketinggian 1100 Meter dari aras laut, namun dengan bantuan iringan daripada anggota trafik Polis Diraja Malaysia dapat meredakan sedikit tekanan yang dihadapi dan melancarkan lagi perjalan konvoi.

Laluan yang merentasi banjaran Bintang dan Banjaran Titiwangsa ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri, selain merentasi dua banjaran laluan ini juga melalui lima buah jambatan, satu terowong, sebuah empangan, tasik buatan, hutan Simpan Royal Belum dan beberapa laluan hidupan liar.

Tim motosikal berkuasa tinggi (J17) ketika melalui jambatan Temenggor Barat berlatarbelakang hutan simpan Royal Belum

Tim motosikal berkuasa tinggi (J17) ketika melalui jambatan Temenggor Barat berlatarbelakang hutan simpan Royal Belum

Perjalanan dari Jeli ke lokasi persinggahan terakhir konvoi KMJG19 hari ini memakan masa 3 jam 10 minit. Namun semua yang hilang tatkala melihat kepada keindahan Tasik Banding dengan air yang kebiruaan ditambah dengan sambutan yang meriah di Kolej Teknologi Tinggi Mara, Lenggong.

Esok konvoi KMJG19 akan meneruskan perjalanan ke Negeri Kedah Darul Aman dengan jarak laluan sejauh 215 Kilometer dan akan singgah di Kolej Komuniti Baling, Sekolah Kebangsaan Belukar Padang Terap, dan akan berakhir di Aman Sentral bagi majlis perasmian Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat Negeri Kedah.

Tinggalkan komen anda