Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanMASabah

Pejabat SUP Sabah Anjur Boling Persahabatan Bersama Media

By 17 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Idris Sani Saberun/ Azman Jumat (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 17 Ogos (Malaysiaaktif) – Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah mengadakan perlawanan persahabatan boling bersama para wakil media sempena Majlis Jalinan Mesra Setiausaha Persekutuan (SUP) Sabah Bersama Media di sini, pada Jumaat.

Perlawanan persahabatan tersebut disertai seramai 60 wakil media termasuk ketua-ketua jabatan persekutuan dan para pegawai Pejabat SUP Sabah.

GIMIK.. Samsuni bersedia membuat balingan pembukaan Majlis Jalinan Mesra Setiausaha Persekutuan (SUP) Sabah Bersama Media

GIMIK.. Samsuni bersedia membuat balingan pembukaan Majlis Jalinan Mesra Setiausaha Persekutuan (SUP) Sabah Bersama Media

Menurut Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Samsuni Mohd Nor, objektif utama program adalah bagi meraikan para wakil media yang selama ini telah memberikan kerjasama dalam membuat liputan program-program anjuran kerajaan khususnya Pejabat SUP Sabah.

“Perlawanan persahabatan ini diharap menjadi landasan bagi mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama diantara kakitangan Pejabat SUP Sabah dengan pengamal media.

5.George (kanan) menyampaikan sijil penyertaan kepada Ketua Penolong Pengarah Media dan Komunikasi Korporat, Jabatan Penerangan Sabah, Imelda Godon (kiri) sambil disaksikan Samsuni (tengah)

Georgie (kanan) menyampaikan sijil penyertaan kepada Ketua Penolong Pengarah Media dan Komunikasi Korporat, Jabatan Penerangan Sabah, Imelda Godon (dua dari kiri) sambil disaksikan Samsuni (tengah) 

“Jutaan terima kasih kepada semua media atas komitmen dan kehadiran bukan saja untuk program ini tetapi jugak semua program anjuran jabatan dan agensi persekutuan.

“Semoga hubungan baik dan kerjasama erat ini akan terus dipelihara agar setiap program-program dan dasar kerajaan dapat disampaikan kepada rakyat,” katanya.

7.CERIA... Semua peserta merakamkan gambar bersama-sama hadiah yang dimenangi sejurus majlis penyampaian hadiah dan cabutan bertuah.

CERIA… Semua peserta merakamkan gambar bersama-sama hadiah yang dimenangi sejurus majlis penyampaian hadiah dan cabutan bertuah.

Hadir sama, Timbalan Setiausaha Persekutuan Sabah, Yahya Sulaiman; Pengarah Imigresen Sabah, Datuk Musa Sulaiman; Pengarah Perpaduan Negeri Sabah, Delin Liet AK Blaun; Pengarah Penyiaran Sabah, Malinaziah Datu Mohd Julaspi; Pengarah KPDNHEP Sabah, Georgie Abas; Pengarah Keselamatan Kerajaan Malaysia Negeri Sabah, Mohd Foudzli Abdullah serta Ketua Biro BERNAMA, Haslin Gaffor.

ER

Tinggalkan komen anda