Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPerak

Kompleks Renang MBI Dinaik Taraf

By 25 Ogos 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Nazri Saparudin (Kinta)

IPOH, 25 Ogos (Malaysiaaktif) – Pusat Akuatik di sini yang dahulunya dikenali dengan Kompleks Renang MBI kini dinaik taraf mengikut spesifikasi Persekutuan Renang Amatur Antarabangsa (FINA) yang turut digunakan dalam temasya Sukma XIX Perak 2018 yang lalu.

Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim terharu apabila pusat akuatik berkenaan mengabadikan nama baginda.

“Beta amat menghargai dan menzahirkan ucapan terima kasih kepada menteri besar dan kerajaan negeri yang telah memilih untuk mengabadikan nama beta kepada pusat ini.

“Lebih nostalgik lagi sukan air khususnya sukan renang amat rapat hubungannya dengan diri ini kerana semasa di bangku sekolah beta bergiat aktif dalam sukan renang, sampai ke peringkat dipilih mewakili negeri Perak,” titah Tuanku Zara Salim ketika merasmikan pusat akuatik berkenaan, di sini semalam.

Antara kemudahan yang dinaik taraf adalah kolam renang tertutup bersaiz olimpik yang mempunyai 10 lorong berbanding 8 lorong yang digunakan untuk kejohanan dunia.

Turut berangkat, Raja Puan Besar Perak Raja Nazhatul Shima Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah serta Raja Puan Muda Perak Tunku Soraya Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

-SH

Tinggalkan komen anda