Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Lawatan TYT Ke Hospital Kepala Batas Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-81

By 9 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Nur Rezwane Md. Zabidi/ Salawati Mat Shariff (Seberang Perai Utara)

 

KEPALA BATAS, 9 Ogos (Malaysiaaktif) – Hospital Kepala Batas menerima kunjungan Tun Dato’ Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang dan Toh Puan Datin Seri Hajjah Majimor bt. Shariff baru-baru ini sempena Sambutan Hari Ulang Tahun ke-81.

Dalam kunjungan tersebut, Dr. Hashimawati Abd. Khalib, Pengarah Hospital Kepala Batas telah menyampaikan taklimat kepada TYT dan semua tetamu berkaitan sejarah dan perjalanan operasi hospital tersebut.

Taklimat oleh Pengarah Hospital Kepala Batas

Taklimat oleh Pengarah Hospital Kepala Batas

Hashimah berkata, hospital yang dibangunkan pada tahun 1994 diatas tanah seluas 25 ekar ini telah dinaiktaraf menjadi hospital berpakar minor bermula Bulan Julai 2015. Selain itu, kepakaran residen utama adalah Obstetrik dan Ginekologi, Pediatrik, Perubatan, Kecemasan dan Trauma dan Anestesia.

Selesai sesi taklimat, TYT dibawa melawat wad kanak-kanak bagi beramah mesra dengan kakitangan serta pesakit di wad tersebut dan menyampaikan sumbangan berupa barangan bayi kepada 7 bayi baru lahir.

TYT dan Toh Puan beramah mesra dengan doktor di wad kanak-kanak

TYT dan Toh Puan beramah mesra dengan doktor di wad kanak-kanak

Kehadiran TYT dan Toh Puan diraikan dengan memotong kek ulang tahun kelahiran sambil dimeriahkan dengan nyanyian koir daripada pelajar SMK Permatang Tok Jaya yang mendendangkan lagu-lagu lama Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang menjadi kegemaran TYT. Turut membuat persembahan pada majlis tersebut iaitu Kumpulan Harum Kasturi yang merupakan kakitangan Hospital Kepala Batas.

Turut hadir dalam majlis tersebut Dato’ Ir Haji Zakiyuddin Bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang menyampaikan ucapan mewakili  Ketua Menteri Pulau Pinang. Selain itu turut hadir Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Adun-Adun Kawasan, Speker Negeri Pulau Pinang dan Mufti Pulau Pinang.

-II-

Tinggalkan komen anda