Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Orang Ramai Dijemput ke Pelancaran Bulan Kebangsaan di Ranau

By 8 Ogos 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Juslie Bacle/Asmidar Zainol/ Volintine Jiloh (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 8 Ogos (Malaysiaaktif) – Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan lagi upacara Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sabah 2019 di Padang Pekan Ranau pada 2:00 petang, 9 Ogos ini.

Raptai upacara menaikkan Jalur Gemilang.

Raptai upacara menaikkan Jalur Gemilang.

Menurut Pegawai Daerah Ranau, Mohd Yassin Ibrahim, pelbagai program telah dirancang bagi menggelorakan lagi sambutan Bukan Kebangsaan pada tahun ini.

“Antara aktiviti yang dirancang adalah persembahan PENTARAMA, penyerahan bendera Malaysia kepada kementerian dan agensi kerajaan, persembahan tarian etnik, sumbangan sayur-sayuran secara percuma dan ‘Flag Off” Kembara Merdeka Jalur Gemilang oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Raptai persembahan PENTARAMA JaPen

Raptai persembahan PENTARAMA JaPen

“Saya berharap orang ramai khususnya masyarakat Ranau tidak melepaskan peluang datang beramai-ramai ke majlis pelancaran ini dan menyertai semua aktiviti yang telah dirancang.

“Kehadiran orang ramai pada upacara esok adalah sebagai sokongan dan secara tidak langsung menunjukkan semangat kecintaan dan patriotisme terhadap negara,”katanya semasa ditemuramah oleh Sabah FM pada Khamis.

Muhd. Yassin(tiga dari kanan) berbincang tentang penjelasan majlis bersama juruacara, Sabri Sailus (tiga dari kiri).

Muhd. Yassin(tiga dari kanan) berbincang tentang perjalanan majlis bersama juruacara, Sabri Sailus (tiga dari kiri).

Sementara itu, persiapan akhir Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sabah 2019 sedang rancak dilaksanakan di lokasi pelancaran.

ER

Tinggalkan komen anda