Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMAMelaka

Replika Menara Taming Sari Tarikan Utama Orang Ramai

By 26 Ogos 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/ foto: Sharifah Ithnin/ Izuddin Isnin (Melaka Tengah)

MELAKA, 26 Ogos (Malaysiaaktif) – Barang terpakai menjadi bahan utama kepada kreativiti penghasilan Replika Taming Sari dalam Program Semarak Gegau Kemerdekaan bertempat di Sekolah Kebangsaan Seri Bandar di sini, semalam.

Program yang telah dirasmikan oleh Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Melaka, Tey Kok Kiew adalah kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Melaka Tengah dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Jalan Panjang.

Dalam ucapan Tey bersempena program tersebut, beliau menegaskan bahawa satu pujian dan penghargaan harus diberikan kepada pihak sekolah kerana berjaya menghasilkan satu gimik perasmian diluar kotak pemikiran di samping menjadi tarikan utama dalam program yang dianjurkan ini.

“Kerajaan Negeri amat mengalukan pelbagai aktiviti kemasyarakatan terutama pada Bulan Kebangsaan bagi menarik minat para pelajar dalam mengenali dan memahami erti kemerdekaan dalam diri mereka sendiri,” tambahnya lagi.

Pengerusi MPKK Jalan Panjang, Najib Rebu ketika ditemui berkata penganjuran program ini telah dirancang awal bersama pihak Jabatan Penerangan dan sekolah bagi menyemarakkan semangat Bulan Kebangsaan.

“Terima kasih kepada kerajaan Negeri dan pelbagai pihak yang terlibat sepanjang program ini dijalankan serta komitmen yang baik dikalangan para pelajar,” kata beliau lagi.

Pada program tersebut turut diadakan tayangan wayang pacak, pertandingan pakaian beragam prasekolah dan cabutan nombor bertuah.

Jalur Gemilang sepanjang 100 meter.

Jalur Gemilang sepanjang 100 meter.

-KN

Tinggalkan komen anda