Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMANegeri Sembilan

Kenali JaPen Lebih Dekat

By 30 September 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ramasamy Amas (Jempol)/Mohd Khairulnizam Mohd Yunus (Negeri Sembilan)

JEMPOL, 30 Sep (Malaysiaaktif) – “Jabatan Penerangan (JaPen) bukan sahaja memberi perkhidmatan alat siaraya dan pengacaraan majlis, malah lebih daripada itu lagi.

“Ia juga berperanan  sebagai medium meningkatkan kesedaran dan kefahaman terhadap dasar-dasar dan program serta  agenda kerajaan agar difahami dan dihayati rakyat.

Demikian kata Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sembilan, Mejar (K) Sabarudin Yeop Hamza dalam Majlis Pengimarahan Pusat Maklumat Rakyat (PMR) Daerah Jempol, di sini pada Khamis.

WhatsApp Image 2019-09-28 at 21.26.31

Mas Midyawan menyampaikan sijil penghargaan.

Tambah beliau lagi, JaPen dapat meningkatkan keyakinan dan penglibatan masyarakat terhadap dasar dan progam kerajaan melalui penceramah-penceramah yang terlatih dan memberikan ceramah dengan baik.

Terdahulu Pegawai Penerangan Daerah Jempol, Siti Noorezrin Mahmod ketika menyampaikan taklimat berkata bahawa tidak ramai yang tahu tentang perkhidmatan yang disediakan JaPen, justeru, majlis pengimarahan PMR ini diadakan bagi memberi gambaran jelas akan fungsi JaPen.

“JaPen mendekati semua peringkat lapisan masyarakat yang meliputi pelbagai peringkat umur dalam komuniti,” ujarnya.

WhatsApp Image 2019-09-28 at 21.26.42

Mas Midyawan ketika menyampaikan ucapan perasmian penutup.

Sementara itu Pegawai Daerah Jempol, Mas Midyawan Yahya ketika menyampaikan ucapan perasmian program mengucapkan tahniah dan syabas kepada Pejabat Penerangan Daerah Jempol kerana berjaya mengelolakan Program Konvoi Kembara Merdeka Peringkat Daerah Jempol dengan penglibatan pelbagai agensi kerajaan.

“Saya berharap agar seumpama ini diteruskan pada tahun-tahun akan datang dengan penglibatan lebih ramai pihak lagi,” katanya ketika berucap.

Dalam pada itu, majlis apresiasi turut diadakan sebagai menghargai penglibatan agensi-agensi kerajaan, badan berkanun dan rakan strategik yang banyak memberikan komitmen dalam aktiviti sempena  Sambutan Bulan Kebangsaan baru-baru ini.

-AK

Tinggalkan komen anda