Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Ketua Masyarakat ‘Barisan Hadapan’ Dengar Keluhan Rakyat – MB Johor

By 30 September 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto oleh : Suhairi Ishak ( Johor Bahru)

PONTIAN, 30 Sept (Malaysiaaktif ) – Pusat Informasi Pelancongan Daerah Pontian merupakan siri terakhir Program Lawatan Kerja Menteri Besar Johor, Dr Sahruddin Jamal, semalam.

Dalam ucapannya beliau menyeru Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan Ketua Masyarakat agar sentiasa menjadi barisan hadapan untuk mendengar keluhan rakyat serta menjadi jambatan antara masyarakat dengan kerajaan.

Dr Sahruddin menyeru Majlis Pengurusan Komuniti Kampung dan Ketua Masyarakat agar sentiasa menjadi barisan hadapan untuk mendengar keluhan rakyat.

Dr Sahruddin menyeru Majlis Pengurusan Komuniti Kampung dan Ketua Masyarakat agar sentiasa menjadi barisan hadapan untuk mendengar keluhan rakyat.

Beliau turut menyarankan para pemimpin tempatan agar dapat menyampaikan dasar dan agenda kerajaan kepada masyarakat bagi mewujudkan suasana harmoni dan bersatu padu dalam membudayakan kehidupan masyarakat setempat.

“Konsep kerjasama pemimpin diharap dapat memacu kemajuan dan pembangunan samaada diperingkat negeri mahupun kampung manakala jentera kerajaan adalah agen pelaksana setiap dasar yang dibuat mengikut kesesuaian aspirasi rakyat bagi menjadikan negeri Johor berstatus Negeri Berprestasi Tinggi, Bangsa Johor Bestari,” kata beliau semasa menyampaikan ucapan perasmian Taska Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim Daerah Pontian, semalam.

Hubungan yang baik antara pemimpin dan masyarakat mampu membina naratif baharu yang melangkaui bingkai perkauman.

Hubungan yang baik antara pemimpin dan masyarakat mampu membina naratif baharu yang melangkaui bingkai perkauman.

Hubungan yang baik antara pemimpin dan masyarakat mampu membina naratif baharu yang melangkaui bingkai perkauman untuk membentuk rakyat yang bersatu padu sekaligus membantu mencapai tahap kemakmuran negara.

Selain itu Menteri Besar juga turut menyampaikan sumbangan Asnaf daripada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) kepada 20 orang penerima yang layak.

Menteri Besar Johor turut menyampaikan sumbangan Asnaf kepada 20 orang penerima.

Menteri Besar Johor turut menyampaikan sumbangan Asnaf kepada 20 orang penerima.

Sebelum itu, Dr Sahruddin Jamal turut berkesempatan mendengar taklimat Terminal Feri Antarabangsa Kukup dan beramah mesra bersama masyarakat setempat semasa Majlis Pemimpin Bersama Masyarakat di Pusat Informasi Pelancongan Daerah Pontian.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pekan Nanas, Yeo Tung Siong, ADUN Pulai Sebatang, Taquiuddin Cheman dan Pegawai Daerah Pontian Zulkifly Mohd Tahir

-NI-

Tinggalkan komen anda