Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Persembahan Sambutan Hari Malaysia Memukau Penonton

By 17 September 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Robin Junang (Kuching)

KUCHING, 17 September (Malaysiaaktif) – Sambutan Hari Malaysia melakar sejarah baru apabila  julungkali ia diadakan di dalam stadium tertutup namun persembahan dan perjalanan acara begitu memukau penonton yang hadir serta mendapat pujian dari penduduk Sarawak.

Pertukaran venue dari Padang Merdeka yang mempunyai sejarah dengan pembentukan Malaysia ke Stadium Perpaduan Sarawak  akibat jerebu yang melanda Sarawak dengan indeks bacaan membahaya.

Lebih kurang 6,000 orang hadir memenuhi stadium dan juga persekitaran dataran festival bagi menyaksikan malam yang penuh gemilang dan berwarna-warni ini.

Antara tetamu utama yang hadir ialah Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud, Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad,  Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg, dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal.

Persembahan video khas, gendang Melayu, ‘shadow play’, gabungan tarian dari pelbagai suku kaum masyarakat Malaysia, penggunaan kostum dan prop tradisional, efek bunyi dan imej di paparan LED menyerikan lagi suasana sambutan.

Walaupun beberapa acara persembahan dari artis-artis terkenal  dan perarakan kereta berhias tidak diadakan di lokasi sambutan namun persembahan-persembahan lain masih dikekalkan bagi memeriahkan suasana.

Acara penyerahan Jalur Gemilang kepada Tuan yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak oleh Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat, Jabatan Penerangan Malaysia Putrajaya, Tuan Haji Hashim Bedu bersama dengan Pengarah Penerangan Sarawak, Abang Sardon Haji Abang Hashim, dan Pengarah Penerangan Malaysia Sabah, Puan Norzawiyah Bulka  adalah sebahagian daripada simbolik acara rasmi.

Penyerahan Jalur Gemilang oleh Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat, Jabatan Penerangan Malaysia Putrajaya, Tuan Haji Hashim Bedu bersama diiringi oleh Pengarah Penerangan Sarawak, Abang Sardon

Penyerahan Jalur Gemilang oleh Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat, Jabatan Penerangan Malaysia Putrajaya, Tuan Haji Hashim Bedu bersama diiringi oleh Pengarah Penerangan Sarawak, Abang Sardon dan Pengarah Penerangan Sabah Norzawiyah 

Pembawa Jalur Gemilang ini diiringi oleh Kadet Jalur Gemilang terdiri dari 14  anggota jabatan serta diiringi oleh perarakan  (di luar stadium) 14 buah kenderaan  konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang  yang melambangkan 14 buah negeri termasuk sebuah wilayah  berarak melintasi stadium.

Antara agensi yang terlibat di dalam perarakan konvoi Kembara Merdeka yang diterajui oleh Jabatan Penerangan ialah RTM, SKMM, Bernama, Finas, Pos Malaysia dan Telekom Malaysia.

Selepas tamat acara menaikkan Jalur Gemilang, Perdana Menteri turut menandatangani buku sebagai simbolik acara Sambutan Hari Malaysia 2019. Selepas itu  persembahan khas mengikut era dari tahun 60an  hingga zaman 2000 dipersembahankan oleh kumpulan penari.

Tinggalkan komen anda