Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kedah Patuhi Piawaian Anti-Rasuah Antarabangsa

By 6 Oktober 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syed Hisham Shah (Putrajaya)

JITRA, 6 Okt (Malaysiaaktif) – Negeri Kedah pada tahun ini telah berjaya mencapai pensijilan Sistem Pengurusan Anti Rasuah bagi tempoh 2019-2022 yang membuktikan pengurusan kerajaan negeri mematuhi piawaian anti-rasuah antarabangsa.

Menurut Pengerusi Tetap Jawatankuasa Tenaga, Kerja, Bekalan dan Sumber Air Kedah Datuk Zamri Yusuf, kerajaan negeri sentiasa memberikan sokongan kepada kerajaan pusat dalam menjadikan negara bebas rasuah.

“Seperti contoh, di sini kita mengamalkan konsep tender terbuka kita jadikan betul-betul terbuka, dan jika tender kontraktor kecil kita jadikan sebagai kerja undi yang semua kontraktor menjadi sebahagian daripada lembaga tender.

“Kita juga komited untuk menegaskan bahawa integriti adalah perkara yang sangat penting dalam pelaksanaan program-program kita,” katanya ketika merasmikan Pertandingan Akhir Pidato Kenegaraan Peringkat Kebangsaan 2019, di Politeknik Sulyan Abdul Halim Mu’adzam Shah, di sini hari ini.

Zamri turut menegaskan kos sara hidup rakyat merupakan fokus utama kerajaan negeri bagi membela nasib rakyat terutamanya golongan B40 dan B20 yang masih ramai.

“Kerajaan telah memperkenalkan program kebajikan Kasih Ibu Darul Aman (KIDA) yang memberikan ruang kepsda golongan yang didaftarkan dalam data bank kemiskinan nasional sebagai miskin tegar dan miskin.

“Kita berikan satu kad KIDA yang bernilai RM250 sebulan untuk pembelian barangan keperluan asas dan RM500 setahun sebagai bantuan rawatan kesihatan yang memberi manfaat kepada 4500 penerima di seluruh negeri,” katanya lagi.

-SH

Tinggalkan komen anda